Asal Usul Putera Rundawi - Part 6

328 40 7
                                    

"Faith, apa yang jadi sebenarnya ni sekarang? Kojack di mana sudah? Apa maksud si Angel tadi?!" Bertalu-talu soalan si Hans pada si Faith bila si Angel meluru keluar dari rumah Luc/Tedd.

"Emmm... sy harap perkara ni cuma ramalan saja sebelum anak-anak/cucu-cucu kamu lahir tapi sy inda sangka akan butul-butul terjadi. Kami sudah berusaha mengikut segala pantang larang supaya hal ini dapat dielakkan tapi nampaknya apa yang diramal oleh ketua puak bobolian memang tidak dapat disangkal lagi. Sekarang, untuk tidak mengelirukan kamurang semua lagi, biar sy kasitau asal usul Putera Rundawi, atau lebih kamurang kenali sebagai Kojack," teratur betul ayat-ayat si Faith sehingga tidak ada seorangpun dari mereka yang mengeluarkan bunyi.

"Faith, tell me this is just a myth," tiba-tiba si Angel muncul dengan segumpal kertas di tangannya. Macam tu paperwork atau assignment ja sebab banyak tulisan tangan.

"Duduk, Angel. Kita sama-sama cari bukti mengenai hal ini. Sy sendiri pun indatau mau percaya yang mana satu sebab semua yang terjadi sudah kena ramal beratus tahun dahulu." Bilang si Faith memegang bahu si Angel.

"Kami semua pun mahu tau perkara sebenar, Angel. Kalau ko terus bersikap macam ni sampai bisuk pun kita indatau mana hilang menantu dady. Duduklah," pujuk si Hans menarik tangan anak gadisnya. Macam dalam keadaan terpaksa, Angel akhirnya menurut kata.

"Mengikut cerita yang diceritakan pada sy oleh ketua-ketua puak bobolian... "

dan bermulalah kisah asal usul si Kojack diceritakan oleh tidak lain tidak bukan, Ms. Penghulu muda. Phewwwiiiitttt...

BEBERAPA TAHUN YANG LALU DI SEBUAH HUTAN TEBAL YANG JAUH DARI BANDAR KOTA KINABALU...

"Rusia! Rusia! Mana ko!?" Mau terkeluar sudah anak tekak si Hildy meneriak memanggil nama bini dia di tengah-tengah hutan belantara di daerah terpencil di Sabah. Gara-gara mau mencari tempat berteduh dan jip yang rosak di tengah-tengah jalan grabel yang licin, Rusia telah hilang walaupun dia sudah dinasihatkan supaya menunggunya di dalam perut kenderaan pacuan empat roda mereka. Lagi merisaukan Hildy, isterinya itu sedang sarat mengandung dan cuma menunggu waktu saja untuk melahirkan.

"RUSIA!" Sekali lagi suara si Hildy berkumandang di udara. Gema suaranya memantul semula ke telinga seperti dia sedang berada di dalam gua. Suasana bertambah gelap dan seketika kemudian hujan mulai turun membasahi muka si Hildy yang memang sudah bermandi peluh. Hildy semakin risau. Mau minta pertolongan tapi tiada satu manusia pun yang kelihatan.

Tik tik tik tik tik

Awan tebal berwarna kelabu gelap semakin berat dan rintik hujan semakin banyak berjatuhan. Degupan jantung Hildy pula selaju air yang jatuh dari langit ke permukaan bumi.

"RUSIA!" Terasa airmata jantan si Hildy mau jatuh dari kelopak mata. Rusia satu-satunya wanita yang dia cintai dan selama lebih dari sepuluh tahun berkahwin, baru sekali ini isterinya itu mengandung. Tetapi bila tarikh untuk melahirkan sudah dekat, ada pula gangguan yang dialami oleh Rusia sehingga memaksa mereka untuk berubat secara tradisional di daerah pendalaman. Itupun selepas disyorkan oleh seorang dukun wanita (bobolian) yang kebetulan terserempak dengan mereka berdua sewaktu membuat susulan pemeriksaan kandungan Rusia di hospital.

"Kandungan bini kau ini inda buli kana kasi baranak sini hospital. Kau bawa dia pigi berubat dulu sana Pensiangan," masih terngiang-ngiang lagi suara bobolian yang cuma dikenali Hildy sebagai Odu Bodu. Pada mulanya mereka berdua tidak mahu mempercayai si Odu Bodu ni tapi gangguan mimpi dan ular-ular putih yang selalu masuk ke dalam rumah mereka membuatkan mereka laki bini jadi takut dan risau. Manatau apa yang si Odu Bodu cakap tu betul?

"Anak dalam kandungan bini kau ini keturunan Rundawi. Kamurang jangan lambat-lambat lagi pigi. Kalau keluar dari rumah langkak kaki kiri dulu, antak tiga kali atas tanah. Bini kau tau laitu mana jalan mau ikut," terdengar lagi kata-kata Odu Bodu yang terakhir si kepala Hidly sebelum mereka ditinggalkan di perkarangan lobi hospital dengan kepala yang penuh dengan tanda tanya.

TOMBOY SEASON 5 - The Supreme WarWhere stories live. Discover now