Tanah kubur yang masih merah ditatap penuh sayu dan hiba. Airmata tak putus putus mengalir seperti titisan hujan lebat saat ini seolah memahami isi hatinya yang sedang dilanda duka.
Dua nama terukir di atas dua batu nisan dia pandang tak berkelip. Bapak... Mak... Kenapa tinggalkan Tia?
Hati Tiara merintih sayu. Kini dia sebatang kara, kejadian seminggu lepas meragut nyawa kedua ibubapanya dalam kemalangan jalan raya. Kereta yang di pandu Encik Ramli remuk di langgar lori terlebih muatan saat itu hilang kawalan. Seminggu koma bertarung di wad ICU. Hari ini kedua kekuataanya itu dijemput Ilahi.
Tiara redha, daripada mereka tersiksa menanggung sakit tak terkata lebih baik mereka berehat dengan tenang disana. Hanya saja. Tiara rindu, dua sosok yang amat dicintainya itu.
Hanya mereka berdua yang menerima dirinya serba kekurangan ini dengan senyuman penuh bahagia.
Kini, Tiara kehilangan dua sosok itu. Dia kehilangan sumber kekuatannya untuk hidup.
Saat itu, telapak tangan kecilnya digenggam seseorang. Titisan air hujan tidak lagi membasahi tubuh kecilnya. Tiara mendongak ke atas, mata coklat gelapnya bertemu sepasang mata kelabu yang hangat.
Senyuman di bibir remaja lelaki 14 tahun itu membuatkan jantung Tiara berdebar kencang. Ibu jari lelaki itu naik menghapus airmata di pipi kurusnya.
"Don't cry, Tiara. Abang Isma akan jaga Tiara mulai hari ini" Tengku Isma tersenyum ikhlas. Sangat ikhlas sehingga Tiara boleh merasakan ketulusan disebalik nada ikhlas itu.
"Aang...ma...aak...nci.. ttia?" (Abang Isma tak benci Tia?)
Jelas riak hairan dan keliru terpampang di wajah kacak Tengku Isma. Meskipun dia kurang faham apa yang dikatakan Tiara. Tapi dia seperti boleh mengagak apa yang gadis 6 tahun itu ingin sampaikan.
"Tak, Abang tak benci Tia. Mulai hari ini kita keluarga. Tiara akan jadi adik abang sampai bila bila"
15 Tahun Kemudian..."TIARA!"
Mendengar laungan mesra dari suara yang ia kenali. Tiara melepas hos air dan berlari anak meninggalkan halaman rumah untuk mencari sumber suara.
"Tia! Matikan dulu paip air tu" Tergeleng kepala Datin Aisya akan tingkah anak saudaranya itu. Kalau pasal si abang, laju saja budak Tia itu menyahut.
Tiara berhenti mendadak berpusing kembali ke halaman rumah untuk mematikan pili paip sebelum dia menoleh ke arah Datin Aisya yang juga sedang memandangnya. Tiara ukir sengihan lebar buat wanita kesayangannya itu.
"..Ooy, ..ak.. Uu" (Sorry, Mak su) Kata Tiara tersekat sekat. Datin Aisya hanya tersenyum.
"Tiara!" Suara lembut itu kembali melaung. Tiara menoleh ke dalam rumah.
YOU ARE READING
TWISTED REVENGE
RomanceKerana benci, dia yang tidak berdosa menjadi mangsa. kerana dendam, harga dirinya diragut paksa, Kerana cinta, dia rela mengalah. TIARA SAZEEHA, gadis bisu dari kampung yang kehilangan kedua ibubapanya dalam kemalangan. diambil oleh ibu saudarany...