Bab 19

145 11 0
                                    

BEBERAPA HARI SEBELUM

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BEBERAPA HARI SEBELUM...

Selepas menenangkan diri barulah Tiara membuka pintu bilik dan wajah kacak Tengku Isma menyapa pandangan. Tiara mengoyak senyum.

'ya abang?'

Tengku Isma merenung wajah Tiara. Dia perasan bawah mata gadis itu agak kemerahan, seperti baru lepas menanggis. Dia ingin bertanya tapi dia yakin. Tiara takkan jawab, akhirnya dia abaikan saja.

"Jom, ikut abang" Ajak Tengku Isma lembut.

Kening Tiara terangkat.

'pergi mana?'

Bibirnya menayangkan senyuman paling manis menambahkan kekacakan yang dia miliki. Badan ditundukkan hingga kepala hampir menyamai paras ketinggian Tiara.

"Secret"

Tiara terkelip, rahsia?

Tubuh kembali ditegakkan. Tapak tangan naik mengusap atas kepala Tiara yang masih berbalut tudung. Tiara terkebil-kebil dipandang penuh minat. Comel.

"Abang dah minta izin mama nak bawa Tia keluar. Tia bersiap okay?" Ujarnya lagi.

Bila Tengku Isma dah bercakap begitu. Tiara anggukkan kepala tanda akur.

"Good, abang tunggu dalam kereta"

KERETA yang dipandu Tengku Isma berhenti di sebuah tasik yang luas dengan pemandangan yang cantik. Tiara dari dalam kereta membulatkan mata. Teruja. Dia suka tempat-tempat macam ni. Macam mana Tengku Isma tahu?

Terlalu leka melihat ke jendela hingga tak sedar Tengku Isma sudah berdiri sebelah pintu kereta lalu membuka pintu untuknya. Tiara senyum, malu bila dilayan sebegitu biarpun ini bukanlah pertama kali Tengku Isma bukakan pintu kereta untuknya.

"This way, My lady" Suara lembut penuh merdu milik lelaki itu buatkan hati Tiara mulai berdegup kencang.

Tiara kemam bibir, tenang jantung. Tenang.

Dia anggukkan kepala bersama senyuman manis sebagai tanda terima kasih selepas keluar dari kereta.

"Jom" Ajak Tengku Isma sambil melihat ke arah Tiara.

Tiara angguk dan mereka mula berjalan perlahan menuju ke tepi tasik. Mata Tiara tak duduk diam, melilau ke sana sini tanpa mematikan senyum dibibir. Sudah lama rasanya dia tidak datang ke tasik. Rindu!

"Suka?" Tanya Tengku Isma ketika mereka kini duduk di bangku yang tersedia disitu. Mungkin kerana ini masih pagi dan waktu bekerja. Tasik itu agak lenggang dari orang awam.

Tak perlu toleh. Tiara sudah anggukkan kepala berkali-kali. Dia suka, suka sangat.

Tengku Isma pula leka melihat wajah manis Tiara dari samping. Matanya tak berhenti merenung segenap wajah itu. Bibir yang tersenyum manis mengendur perlahan-lahan. Dia tahu, sejak akhir-akhir  dia rasa seperti Tiara sedang mengelak darinya. Tiara seperti ingin menjauhkan diri dari dia.

TWISTED REVENGE Where stories live. Discover now