Bab 9

118 5 4
                                    

"No! Not like that!" Terangkat bahu Tiara tika suara Puan sri Belle tiba tiba naik

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

"No! Not like that!" Terangkat bahu Tiara tika suara Puan sri Belle tiba tiba naik.

"Lembutkan sikit tangan tu. Bentuk bulat ni kena sempurna. If you draw it this way. It wasn't an O shape but 0 number" Bebel Puan sri Belle bila melihat bentuk bulatan atas kertas di hadapan Tiara.

Tiara kemam bibir. Tangan sudah mengigil perlahan. Rasa menyesal timbul dalam hati sebab setuju bila Puan sri Belle pelawa nak ajar dia melukis. Tangan dia keras seperti batu hanya untuk buat lingkaran bulat yang sempurna. Dan paling penting. Wanita perancis itu sangat sangat garang ketika mengajar!

"Slowly Tiara. A first leaner always a failure but never mean you're loser. Practice make you perfect, dear. Tangan Tiara masih kaku sebab ini baru permulaan. But if you keep trying, you can even draw this with your eyes close" Nasihat Puan sri Belle sambil menberikan contoh bulatan yang di maksudkan di sebelah bulatan tak jadi Tiara.

Tiara pandang perbezaan dua bulatan itu. Dibandingkan bulatannya yang seperti nombor 0 sahaja itupun tak berapa betul lengkungnya. Bulatan Puan sri Belle terbentuk sempurna. Dan apa yang buat dia kagum, wanita itu hanya mengambil 0.1 saat untuk lukis sebuah bulatan. Dia? Agaknya dah hampir sejam dari tadi terkial kial padam lukis padam lukis sebab tak jadi jadi.

"See, Tak perlu terburu buru. Usaha takkan mengkhianati hasil" Telapak tangan Puan sri Belle naik mengusap atas kepala Tiara. Tiara tertunduk segan.

"Kalau Tiara tak suka, Tiara tak perlu buat benda yang Tiara tak suka. Jangan risau Aunty kecil hati. Aunty tak berhak paksa kamu suka apa yang Aunty suka. Some people might like it but never mean they will do it" Sambung wanita itu lagi. Nadanya lembut tidak seperti tadi. Dalam diam dia agak merasa bersalah sebab suruh Tiara melukis sedangkan gadis itu jelas jelas memberitahu yang dia tidak pandai melukis dan tak suka melukis.

Tapi Tiara anak yang baik. Tidak ingin tawarannya ditolak ataupun dia rasa kecewa. Gadis itu terlihat gigih ingin mencuba.

Tiara ambil tapak tangan Puan sri Belle sebelum digenggam erat. Dia menulis diatas kertas lalu menunjukkan pada wanita itu.

-Tia suka, Terima kasih sebab sudi ajar Tiara melukis.

Terbit senyuman di wajah jelita Puan sri Belle. Sejuk hati melihat senyuman polos penuh keikhlasan milik Tiara yang menyentuh hatinya.

"Jom ikut Aunty pergi dapur. Kejap lagi Uncle nak balik"

Nak balik? Tiara terus pandang ke luar jendela. Langit sudah mulai kemerahan menandakan langit gelap bakal berlabuh mengantikan langit cerah. Tidak sedar sudah lama masa berlalu. Bila Tengku Izzati akan menjemputnya pulang?

Terpesona sepasang mata hijau Puan sri Belle melihat kelincahan gadis muda itu bertungkus-lumus didapur. Pergerakkan tangan dan gaya tubuh Tiara langsung tidak menunjukkan sebarang kekakuan berada di dapur. Gadis itu tidak kekok membantunya memasak biarpun sudah di tegah. Tetamu seharusnya duduk santai sahaja. Tapi Tiara pula lain. Dia rasa susah hati bila Tuan rumah harus bersusah payah menyediakan makanan untuknya. Last last, Puan sri Belle buat keputusan untuk membiarkan Tiara membantunya.

TWISTED REVENGE Onde histórias criam vida. Descubra agora