Bab 18

148 14 0
                                    

Tok!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tok!

Tok!

"Tiara?"

Itu suara Tengku Isma!

Ketukkan dan laungan dari belakang pintu bilik buat Tiara rasa seperti sesak nafas. Tengku Isma tak boleh nampak Tengku Leo dalam bilik dia. Tiara resah.

Berlainan dengan Tengku Leo yang tak henti senyum sinis. Akalnya mula memainkan peranan jahat. Dengan selamba dia buka langkah ingin menapak mendekati pintu bilik.

Terbuntang mata Tiara. Tidak menduga akan tindakan lelaki itu. Tanpa berfikir panjang, lengan Tengku Leo dia tahan kuat. Mata dibesarkan seolah bertanya 'apa awak nak buat?' pada lelaki itu.

"What? Aku nak buka pintu lah. Kasihan buah hati kau nanti" Jawab Tengku Leo dengan nada sengaja diperlahankan.

Ah gila! Tengku Leo memang sah gila!

Dengan kekuatan yang ada. Tiara menarik kuat lengan Tengku Leo hingga tubuh itu terganjak beberapa tapak belakang dari pintu bilik sebelum Tiara berdiri dihadapan Tengku Leo seraya mendepakan kedua belah tangan tanda menghalang sambil menggelengkan kepala. Tak boleh!

"Hmm? Apa geleng-geleng? Tak fahamlah, tepi sikit"

Tengku Leo sengaja ingin mempermainkan gadis muda itu. Walhal dia tahu Tiara tidak mahu dia buka pintu itu. Kerana gadis itu takut Tengku Isma nampak mereka berduaan dalam bilik ini.

Tiara keraskan tubuh. Mutiara jernih kembali membanjiri pipi. Takut, dia sangat takut dan cemas saat ini. Dia tidak mampu bayangkan bagaimana reaksi Tengku Isma nanti.

"...aa...jjg...ann. " (Jangan) Tutur Tiara susah payah. Riak wajahnya seperti sedang merayu agar Tengku Leo tidak melakukan kerja gila.

"Ah? Apa? Cakap elok sikit boleh tak? Tak fahamlah, ingat aku ni otak terencat ke boleh faham bahasa alien? Haha" Bukannya merasa kasihan ataupun bersalah. Malah Tengku Leo selamba menertawakan Tiara.

Tok!

Tok!

"Tia? Tia dekat dalam ke? Boleh keluar sekejap?" Suara Tengku Isma kembali berbunyi.

"Hah tengok, dia nak jumpa kau tu. Rindu kot. Jomlah buka pintu" Ajak Tengku Leo lagi, sengaja.

Tapi Tiara tetap menggeleng tidak mahu. Tidak peduli dengan wajah yang comot dengan airmata. Tiara cantum kedua tapak tangannya tanda merayu di hadapan lelaki itu buat Tengku Leo terkedu sesaat sebelum berdecit.

Tengku Leo putar bebola mata tanda menyampah kemudian berpeluk tubuh.

Dia renung ke dalam mata coklat gelap Tiara yang berkaca-kaca, lama. Entah kenapa, perlahan-lahan hatinya merasa bersalah telah mempermainkan gadis itu. Wajah pucat takut, resah, cemas Tiara yang tadi menghiburnya perlahan-lahan berubah menjadi hambar. Dalam diam, dia mengeluh.

TWISTED REVENGE Where stories live. Discover now