Bab 8

116 8 7
                                    

BUNYI deringan dari telefon seseorang membangunkan Tengku Leo dari lena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUNYI deringan dari telefon seseorang membangunkan Tengku Leo dari lena. Nafas menderu kasar, Dia menyepak selimut menutupi tubuh separuh bogelnya hingga jatuh ke bawah. Geram bila tidurnya diganggu.

Dia bangun dari katil menghampiri meja kopi dimana bunyi deringan telefon itu terdengar. Keningnya berkerut halus saat sedar bunyi deringan itu bukanlah dari gajetnya melainkan gajet lain yang juga berada di atas meja kaca itu.

Sepasang mata hijau Tengku Leo melekap pada skrin phone menyala memaparkan nama si pemanggil.

Abang Isma is calling...

Terangkat kening Tengku Leo. Bukannya menjawab panggilan tersebut. Dia malah mencapai gajet lama itu lalu kembali ke katil membiarkan panggilan itu tamat begitu sahaja. Badan kembali dihempaskan ke atas katil empuknya.

"Buruk" Komen Tengku Leo membelek-belek samsung j3 prime warna hitam itu atas bawah. Bibir dijuihkan. Dia terlupa mengembalikan telefon ini pada pemiliknya. Bukan buat buat lupa. Tapi dia betul betul lupa.

Jangan salahkan dia, benda yang tak penting dalam hidup seorang Tengku Leo Iraez memang dia tak akan ambil peduli.

Tiba tiba muncul noti diskrin telefon saat Tengku Leo sedang sibuk men'judge' gajet tersebut. Whatsapp dari Tengku Isma!

Abang Isma
- Next time we meet, abang nak dengar jawapan tentang lamaran abang pada Tia, ya.

-Jangan lupa rindukan abang tau hehe.

-I love you, Tia.

"Bluerk!" Terlepas gajet itu dari tangannya. Tengku Leo tayang wajah jijik. Geli anak tekak dia baca pesanan tadi. Ah! Tidak! Mata suci dia ternoda!

"Bab* punya jantan. Acah i love you bagai. Meremang bulu ketiak aku" Rasa macam nak sabun mata sekarang juga. Tengku Leo mengeletis kegelian. Benar benar tidak menduga akan menbaca pesanan sebegitu dari Tengku Isma.

Tapi sebentar....

Lamaran?

I love you?

Tia?

Otak Tengku Leo yang terkena renjatan elektrik sebentar tadi kian berfungsi dengan lebih baik. Kening tebalnya naik ke atas. Senyuman sinis mula terbit di bibir merah jambunya.

Mata hijau tajam seperti ular miliknya jatuh memandang skrin gajet yang kembali gelap itu. Wajah si pemilik muncul di fikiran. Tengku Isma menghantar pesanan sebegitu pada si pemilik gajet tanpa mengetahui sebenarnya gajet itu ada pada dia dan bukan pada si gadis berkacamata itu. Ini maknanya..

"Pfft....Hahahahaha!" Tengku Leo tiba tiba ketawa kuat. Menganggap perkara itu sesuatu yang menghiburkan.

"What a perfect timing, Tengku Isma" Kata Tengku Leo sinis sejurus tawanya mati dganti wajah seorang psiko.

TWISTED REVENGE Where stories live. Discover now