Bab 26

136 16 4
                                    

SUASANA bertukar tegang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUASANA bertukar tegang. Puan sri Rossa koyak senyum kemenangan. Akhirnya, impiannya untuk menyingkirkan gadis bisu itu dari dalam keluarganya akan tertunai hari ini. Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan bahagianya detik ini. AKhirnya dia memiliki alasan kukuh yang akan dia jadikan senjata untuk menghalau gadis bisu tak sedar diri itu pergi jauh dari keluarganya!

"Tia..." Panggil Datin Aisya sayu, pandangan yang dia lemparkan membuatkan hati Tiara semakin terasa sesak. Tiara sedar renungan itu dipenuhi sinar kekecewaan dan rasa terkilan. Tiara tunduk menekur lantai tak mampu mempertahankan kebenaran. Tiada guna dia membela diri. Tiada siapa akan percaya ceritanya. Dia hanya gadis bisu yang menumpang hidup di keluarga orang lain.

Tap!

Tiba-tiba Tengku Isma bertindak di luar jangkaan merampas alat penguji kehamilan itu dari Puan sri Rossa sebelum di baling kuat ke dinding.

Pak!

Semua orang jelas terkejut dengan tindakan lelaki itu. Mata mereka membuntang selepas Tengku Isma melempar benda tersebut dengan kuat.

Nafas Tengku Isma turun naik. Dia berpaling  tubuh menghadap Tiara. Gigi dikancing kuat seraya langkah dibuka luas menutup jarak diantara dia dan Tiara.

Pada masa yang sama, Dato Tengku Isaac, Tan sri Tengku Matteo, Puan sri Belle dan Tengku Leo baru tiba di muka pintu. Masing masing mengerutkan kening bila melihat semua orang berkumpul diruang tamu tapi dengan reaksi yang berbeza-beza. Aura ketegangan juga dapat dirasai. Apa yang tengah terjadi ni?

Tiara dongak kepala apabila Tengku Isma kini berdiri tegak di hadapannya. Sepasang mata Tengku Isma menatap ke dalam anak mata Tiara.

"Please, trust me this once" Bisik Tengku Isma penuh berharap. Renungan penuh berharapnya yang hanya difahami Tiara tersinar jelas di iris mata kelabu itu. Tiara terkedu, dia menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Tak, Tengku Isma tak boleh buat semua ini. Dia tidak mahu lelaki itu mengakui kesalahan yang bahkan tidak lelaki itu lakukan.

"Apa yang jadi ni?" Dato Tengku Isaac bertanya hairan. Dia menapak masuk ke dalam rumah setelah mengesan ada sesuatu yang tidak kena. Langkah dibawa ke tempat Datin Aisya. Sesaat, wajahnya berubah panik ketika wajah Datin Aisya yang lencun dengan airmata menyapa retina mata.

"Sayang? Hei, kenapa ni?" Soal Dato Tengku Isaac cemas pipi isterinya ditekup lembut sebelum dahi wanita itu dikucup sekilas. Datin Aisya tidak menjawab membuatkan dia semakin risau. Terus tubuh itu dipeluk sambil bahu wanita itu digosok perlahan.

"What happen? Mummy? Kenapa isteri Isa?" Tanya Dato Tengku Isaac lagi, risau dia melihat kondisi isterinya saat ini. Sudahlah wanita itu baru sahaja keluar dari hospital, doktor juga beri pesanan agar tidak memberikan tekanan pada wanita itu, tapi apa yang sedang terjadi saat ini? Kenapa suasana dalam rumahnya menjadi tegang begini?

Puan sri Rossa tidak menjawab. Dia masih terkejut bila Tengku Isma tiba tiba rampas lalu melempar alat penguji kehamilan itu ke dinding dari tangannya. Wajah Tengku Isma juga berubah bengis buatkan dirinya agak sedikit gerun.

TWISTED REVENGE Where stories live. Discover now