Bab 27

150 18 6
                                    

MAJLIS nikah berakhir dengan sempurna

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

MAJLIS nikah berakhir dengan sempurna. Majlis mengejut yang hanya dihadiri keluarga D'Alexsandro dan D'Alviero serta jemaah surau berdekatan berjalan dengan lancar. Kini, Tengku Leo Iraez sah bergelar suami kepada Tiara Sazeeha hanya dengan sekali lafaz.

"Kau diam babi! Jangan nak gelak sangat! Aku jumpa kau nanti. Aku sekeh kepala kau sampai gigi kau tercabut!" Marah Tengku Leo pada orang ditalian sebelah. Suka betul Zyran si mangkuk tandas itu ketawakan dia sebab kahwin mengejut. Dia ingat, dia bolehlah release tension bila telefon si Zyran. Tapi rupanya tambah tension! Makin stress!

"Hahahahaha! Aduh kelakarlah hahahahaha! Seriusla wei kau dah kahwin? Aduh! Hahahahaha" Makin kuat Zyran ketawa, suka betul dia dengar kabar berita bahagia ini. Kalau ada Kade ni, memang basaklah Tengku Leo kena usik.

Tengku Leo merengus kasar. Lain dia plan, lain pula yang jadi! Mummynya cakap nikah dalam dua hari. Tapi ni, baru dua jam dorang dah sah jadi suami Isteri! Argh! Stressnya aku! Tak dapat aku nak kenakan si Isma nanti. Kononnya dah rancang nak sakitkan hati Tengku Isma waktu majlis akad nanti. Tapi sekarang semuanya dah terkubur. Tak kesampaian niatnya bila Tengku Isma tak ada waktu dia lafaz akad nikad mengangkat status Tiara menjadi isterinya tadi. Selepas sahaja Datin Aisya menyuruhnya berkahwin dengan Tiara hari ini juga. Tengku Isma terus keluar dari rumah. Brokenlah tu. heh! Tengku Leo koyak senyum sinis. Now Tiara dah jadi milik dia. Dia dah berjaya rampas salah satu harta yang paling berharga milik Tengku Isma. Heh. Perlahan-lahan Isma.. Perlahan-lahan aku akan tarik keluar semua yang berharga satu persatu-satu dari hidup kau sampai kau dah tiada apa-apa dalam dunia ni!

"Dahlah, aku nak kena gerak ni. Malam ni kita jumpa. Chat Red dengan Kade sekali" Melihat figura mummynya dimuka pintu seperti sedang memanggilnya. Tengku Leo betulkan posisi dari mencangkung seperti orang tertekan kepada berdiri tegak seperti biasa.

"Ehhh? Malam ni? Kau taknak firs-" Suara nakal Zyran segera dicantas Tengku Leo.

"Diam bodoh, first night kepala hotak kau. Dahlah, cau" Panggilan terus dimatikan. iPhone kembali disisip masuk ke dalam poket baju melayu yang dia kenakan. Ini lagi satu, bermacam alasan dia bagi supaya majlis nikah tak berlaku hari ini. Tapi ada sahaja jawapan Datin Aisya buatkan dia tak mampu melawan, apatah lagi bila mummynya sendiri turun tangan menyokong keputusan Datin Aisya. Dasar orang kaya, buat satu panggilan je semua benda dah tersedia depan mata. Huh!

"Leo! sini" Panggil Puan sri Belle.

"Ya, kejap" Sahut Tengku Leo malas. Dia kemaskan baju melayu yang dia pakai sebelum berjalan ke pintu rumah.

"Sinilah cepat. Kamu buat apa duduk tepi kolam tu?"

"Lepaskan beban"

"Apa?" Puan sri Belle kerutkan kening. Kurang jelas pada halwa pendengarannya.

TWISTED REVENGE Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ