Bab 24

169 18 5
                                    

Note : Tolong tag saya dekat rangkap yang awak jumpa typo tau? Saya tak buat double check. Tak nak tunggu 20 vote sebab tak yakin pun dapat. Hahaha. Enjoy!




PANG!

Berdesing telinga Tiara disertai rasa kebas pada pipi bahagian kiri setelah menerima tamparan kuat dari Tengku Izzati.

"Aku dah suruh kau berambus kan?! Kenapa kau masih dekat sini?!" Jerkah Tengku Izzati kuat.

Dia menyeret Tiara ke lorong yang agak tersembunyi dan tidak dilalui orang.

Tiara tunduk seperti pesalah. Airmata bagaikan air terjun yang sejak tadi tidak berhenti menuruni pipi.

Tengku Izzati ketap gigi. Kabur pandangan dek airmata yang terbendung ditubir mata. Tiara dipandang penuh benci dan amarah. Disebabkan gadis ini, mamanya dikejarkan ke hospital!

"Apa-apa jadi dekat mama. Kau orang pertama yang akan bertanggungjawab!" Kata Tengku Izzati tegas.

Tiara tidak menjawab. Dia mendiamkan diri. Bayangan bagaimana Datin Aisya tiba-tiba pengsan setelah memegang atas dada kirinya masih segar di ingatan. Tiara pejam mata. Kenapa keadaan jadi serumit ini?

"Buat apa kau marah dia, dik? Bukannya perempuan bisu ni boleh buat apa pun" Celah seseorang dari belakang Tengku Izzati. Tengku Izzat datang berdiri disebelah kembarnya.

Tengku Izzati mendengus. Tiara yang menunduk itu dijeling tajam. Geram! Kalau tidak memikirkan mereka ada dihospital sekarang ini, sudah lama dia cambak rambut Tiara kemudian bagi sepak terajang pada tubuh kurus itu. Menyusahkan!

"Kau buat apa dekat sini? Mama macam mana?"

"Doktor cakap jantung mama dah okay, she's only need rest for now. Doktor tak bagi kebenaran untuk sesiapapun melawat mama sekarang ni. Dia cakap, mama perlukan rehat yang cukup to recover from her shockness." Jawab Tengku Izzat datar. Tengku Izzati angguk faham.

"Oh ya, Grandma dah sampai" Beritahu Tengku Izzat. Tujuan utamanya mencari dua gadis itu ialah untuk memberitahu Puan sri Rossa sudahpun sampai.

Tengku Izzati sekali lagi mengangguk faham. Figura Tiara dikerling sekilas lalu sebelum dia terus pergi dari situ meninggalkan Tiara dan Tengku Izzat.

Hilang sahaja kelibat Tengku Izzati giliran Tengku Izzat pula berdiri seperti seorang hakim yang ingin menghakimi si pesalah. Mata kelabunya tajam menikam kepala Tiara yang menunduk.

"Kenapa mama tiba-tiba kena heartattack?" Tanya Tengku Izzat perlahan tetapi dingin.

Betapa terkejutnya mereka ketika melihat Datin Aisya tiba-tiba rebah kerana terkena serangan jantung padahal mereka baru sahaja pulang dari mansion Puan sri Rossa. Mereka yang ketika itu masih berada di lantai bawah terkejut dengan suara jeritan Tengku Isma memanggil Datin Aisya. Bergegas dia, Tengku Izzati dan Dato Tengku Isaac naik ke tingkat satu. Hendak gugur jantung rasanya ketika mata mereka disapa sekujur tubuh tak bermaya wanita kesayangan mereka. Bila sampai di hospital dan Datin Aisya diberikan rawatan secepatnya. Doktor mengesahkan mamanya diserang penyakit jantung. Tengku Izzat ketap rahang. Hatinya kuat mengatakan, Tiaralah puncanya. Puncanya mamanya tiba-tiba terkena heartattack.

TWISTED REVENGE Where stories live. Discover now