Bab 16

129 12 1
                                    

SELEPAS menyakinkan Datin Aisya kalau dia baik-baik sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SELEPAS menyakinkan Datin Aisya kalau dia baik-baik sahaja. Wanita itu akhirnya akur dan meminta diri keluar dari biliknya untuk berehat setelah melalui perjalanan pulang yang panjang dan melelahkan.

Tiara kembali duduk di posisinya sebentar tadi. Wajahnya sayu sahaja. Dia rasa bersalah sebab dah tipu Datin Aisya. Kepala menunduk memandang perut kempisnya.

'Maafkan ibu, sayang. Ibu tak benci kehadiran awak. Cuma... Awak hadir dalam keadaan yang tak mengizinkan' Bisik hati Tiara sebak. Bibir tetap mengoyak senyum meski hatinya sakit.

'Hamba redha, ya Allah. Hamba redha dengan ujian yang engkau berikan. Dan berikanlah hamba kekuatan dan keberanian untuk menghadapi ujian ini' Pinta Tiara dalam hati.

Dia redha dengan takdir Allah.

Tiara mengangkat wajah lalu menoleh ke meja sisi katil. Terdapat satu frame gambar diatas meja lampu itu. Gambar keluarganya.

Kolam mata Tiara sepantas kilat memanas.

Figura dua insan tersayang berdiri bersama dia dalam rangkulan sang Ayah sambil tersenyum penuh bahagia memandang kamera waktu itu memenuhi kolam matanya yang sudahpun dikaburi airmata.

'Mak... Bapak....tak kecewa dengan Tia kan?' Soal Tiara sebak dalam hati.

Dia selalu berbual dengan gambar ibubapanya sebelum tidur. Dia selalu bercerita tentang hari hari gembiranya, kadang kadang dia mengadu pada mereka tentang layanan buruk yang dia terima.

Meski hanya gambar. Tapi hati Tiara tetap lega meski dia tidak merasa puas. Biarpun hanya gambar. Itu sudah cukup bagi Tiara.

"m...ma.....a...aaf" Nafas Tiara termengah. Dia kesusahan meski bertutur satu patah perkataan.

Airmata menitik jatuh tapi cepat cepat dia kesat. Senyuman gembira menghiasi wajahnya. Tapak tangan yang masih berada di perut mengelus lembut permukaan perutnya yang masih rata.

"Tt.. t..tii..a.. aah.. dda.. uu.. wwa.. g-gga.." (Tia dah ada keluarga)

Sebelah tangan menghapus airmata. Sebelah lagi masih setia berada di perut.

"a... ad... di.. jja.. ggan... iis... saau.. t-ti..a... tta... ak... se..sen.. d..ri lla.. gi.. " (Jadi jangan risau, Tia tak sendiri lagi)

Perlahan-lahan hati Tiara terasa tenang dan hangat. Memang benar apa yang orang cakap. Bila kita terima takdir kita dengan hati yang terbuka dan redha. Kita akan tenang.

Tiara senyum manis. Walaupun kandungan ini masih sangat baru dalam rahimnya. Tapi Tiara tahu, dia sudah jatuh sayang pada anak itu.

'Ibu akan lindungi awak. Ibu akan jaga awak. Awak anugerah dalam hidup ibu. Tak peduli apa yang orang cakap nanti. Ibu tetap sayangkan anak ibu, dunia akhirat' Bisik Tiara dalam hati. Biarpun terdengar seperti konyol. Dia harap anak yang bakal lahir dari kandungan dia ini dengar apa yang dia cakap tadi.

TWISTED REVENGE Where stories live. Discover now