Bab 2

99 11 0
                                    

SILAP BESAR Tiara menerima ajakkan Tengku Isma

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SILAP BESAR Tiara menerima ajakkan Tengku Isma. Macam mana dia boleh berfikir yang sikembar akan berubah hanya kerana mereka lama tidak bersua muka? Seperti tadi, keluar saja sikembar dari gate. Wajah ceria mereka melihat Tengku Isma terus berubah cemberut saat perasan kehadirannya disebelah lelaki itu.

Tiara mengeluh hampa. Dia tak sepatutnya berfikir sikembar akan menerima kehadirannya. Allah telah mudahkan urusannya dengan membuat Dato Tengku Isaac, Datin Aisya dan Tengku Isma tidak membencinya dan menerimanya dengan baik. Dia tidak harus tamak. Dia patut bersyukur masih ada orang yang menyayanginya sehingga hari ini tanpa menghiraukan kekurangan yang ada padanya.

Hanyut dalam lamunan. Tiara tak sedar pesanannya sudah siap. Hingga orang di belakang terpaksa mencuit bahu gadis muda itu.

Terkejut. Tiara terkebil-kebil sebelum menunduk kepala pada orang di belakang tanda maaf dan mengambil pesanan sebelum membuat pembayaran. Sebelum pergi, sempat lagi dia mendengar suara di belakang berbisik.

"Sudahlah hodoh, pekak pula tu"

"Dah tahu pekak, tapi sibuk nak keluar juga. Menyusahkan betul"

"Tch, buat kita tunggu lama. Lepas tu dia blah macam tu je. Minta maaf pun tak!"

Tiara senyum tawar. Pekak? Dia hanya bisu bukan pekak. Dia boleh dengar bisikkan mereka dengan jelas. Tidak membalas. Tiara berlalu pergi seperti tiada apa apa yang berlaku. Biarpun hatinya sedih, namun dia tiada kuasa untuk menutup mulut mereka.

Tiara menggengam erat tali beg kertas berisi minuman buat Tengku Izzat dan Tengku Izzati. Sikembar menyuruhnya membeli air sementara menunggu Tengku Isma selesai membuang hajat di tandas awam dalam airport. Tak tahan katanya.

Lihat saja kelibat gadis bertudung berkacamata bulat disebelah lelaki kacak bermata kelabu itu. Senyuman di bibir mereka pudar digantikan wajah dingin. Tajam mata Tengku Izzati menikam mata Tiara yang muda 2 tahun darinya.

"Tak berambus lagi?" Itu ayat pertama yang dia lontarkan sebaik kaki mereka berhenti melangkah saat berdiri berhadapan.

Tiara menunduk. Tidak berani membalas tatapan tajam itu.

Tengku Isma tarik nafas. Dah agak.

"Enough Zati. Tak malu ke banyak orang tengok? Satu lagi, kenapa dengan penampilan Zati ni?" Tegur Tengku Isma. Agak terkedu tapi tidak terkejut dengan perubahan adik perempuannya itu.

Tengku Izzat tarik senyuman sinis.

"Dari tadi abang Is dah malukan diri sendiri, tak sedar pula? Berdiri dengan budak kampung bisu buruk macam dia ini pun dah cukup memalukanlah" Sinis Tengku Izzat tak berlapik.

"Izzat!" Nak saja Tengku Isma jentik mulut adik lelakinya itu kalau tak ingat mereka sedang berada di luar. Ada reputasi mereka kena jaga.

Tengku Izzat hanya angkat bahu tayang wajah tak bersalah meskipun dia boleh lihat wajah Tiara jelas berubah. Heh, aku kisah apa.

TWISTED REVENGE Where stories live. Discover now