Bab 14

135 11 2
                                    

PINTU KERETA sebelah pemandu di buka dari luar oleh Tengku Isma. Tiara ukir senyum buat lelaki itu sebelum melangkah keluar. Setelah tiga hari di hospital akhirnya Tiara di benarkan pulang setelah kondisi tubuhnya semakin baik.

"Mama dengan papa balik hari ni. Malam baru sampai. Hari ni biar abang je yang masak. Tia rehat okay?" Kata Tengku Isma memimpin Tiara masuk ke dalam rumah.

Tiara angguk faham.

Masuk ke dalam rumah. Mereka di sapa figura sikembar di ruang tamu. Mata kelabu sikembar terus tertuju pada Tiara. Tajam dan penuh tanda menyampah.

Tiara tertunduk mengemam bibir sebelum dia merasakan atas kepalanya di usap perlahan.

"Pergi masuk bilik berehat" Arah lelaki itu lembut.

Angguk, gadis muda itu membuka langkah naik ke tingkat satu menuju bilik tidurnya.

"Heh, demam je pun. Bukannya sakit tenat sampai berjalan pun nak kena pimpin bagai" Kata Tengku Izzati meluat. Sakit hati melihat abangnya memimpin lengan Tiara ketika masuk ke dalam rumah tadi. Sajalah tu nak menempel dekat abang dia. Dasar perempuan gatal!

"Diam" Tengku Isma memandang adik perempuannya tajam. Suara lembutnya juga berubah nada.

Tersentak. Tengku Izzati terus bangun dari sofa.

"Abang ni kenapa nak marah marah Zati? Bukannya Zati ada buat salah pun!" Bentak gadis cantik itu.

"Zati tanya abang kenapa? And what? Zati takde buat salah? Habis macam mana Tia boleh ada dekat hospital tapi tiada sorang pun dari korang yang tahu!" Kata Tengku Isma agak kuat.

Terhenjut bahu Tengku Izzat dan Tengku Izzati. Masing masing menelan liur.

Kaki melangkah ke ruang tamu. Dia berdiri mencekak pinggang di hadapan si kembar. Tajam matanya menikam dua wajah yang tertunduk seperti pesalah itu.

"Korang pergi mana hah? Semalam abang balik rumah. Tiada orang langsung dalam rumah ni! Pintu rumah tak berkunci, grill tak berkunci! Nak bagi sedekah dekat pencuri dekat luar sana ke macam tu?"

Sikembar terkulat-kulat ingin mencari alasan.

"Za... Zati pergi rumah kawan"

"Kawan? Pergi rumah kawan tinggal Tia sorang dalam rumah ni? Bukan abang dengan mama dah pesan ke suruh duduk dalam rumah je. Tak lama pun zati, seminggu je. Takkan itu pun susah nak ikut? Zati pergi rumah kawan tinggalkan Tia yang sakit dekat rumah sorang-sorang. Zati tak terfikir ke Tia nak pengsan ke apa? Tergamak Zati biarkan dia sakit macam tu duduk dalam rumah ni sorang diri" Kecewa. Tengku Isma gelengkan kepala tanda kesal. Adik-adiknya langsung tidak boleh diharap.

Tengku Izzati ketap bibir. Kolam airmatanya sudah panas. Marah bila hanya dia yang di persalahkan. Bukannya dia tahu Tiara sedang sakit. Masa dia keluar pun, gadis itu elok sahaja memasak di dapur. Dan bukan niatnya tidak ingin balik ke rumah. Tapi kawannya mengajak dia bermalam dan kebetulan malam itu, minyak keretanya habis. Bila dia balik pagi. Dia terus naik ke bilik tanpa menjenguk Tiara terlebih dahulu. Mana dia tahu rupanya gadis itu telah dikejarkan ke hospital. Dia kira, Tiara sambung berkurung dalam diri seperti beberapa hari lepas. dan ketika Tengku Isma balik. Dia pergi membeli makanan di luar. Sengaja dibiarkan pintu rumah tidak berkunci bagi memudahkan dia masuk tanpa perlu meminta bantuan Tiara.

TWISTED REVENGE Where stories live. Discover now