Bab 12

136 11 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




"If yes, then my attention now is all yours"

Nafas hangat menampar kulit pipi menghadirkan kembali rasa takut dalam diri Tiara. Tapi dia cuba untuk tidak menunjukkan bahawa dia sedang takut saat ini. Dia tidak boleh biarkan lelaki seperti Tengku Leo menganggap dia gadis yang lemah!

Alis kening kiri Tengku Leo terangkat naik ke atas. Bibir kuntum senyum senget. Bukan dia tidak perasan reaksi takut yang Tiara cuba sembunyikan. Tubuh yang mengigil halus itu sudah cukup menjadi jawapan.

Tapi kecekalan Tiara yang ingin terlihat kuat dihadapannya itu dengan berani membalas renungan tajamnya membuatkan Tengku Leo makin seronok ingin meneruskan permainan ini.

Dari alis kening, turun ke iris mata coklat gelap bersinar garang, hidung tak berapa mancung tapi terbentuk dengan sempurna dan akhir sekali. Mata hijau Tengku Leo jatuh pada dua ulas bibir pucat Tiara. Lama.

Saat itu juga, akal fikiran memainkan peranan yang tidak dia inginkan. Memutar memori peristiwa malam di mana dia merasaikan kelembutan dua ulas bibir itu, menikmati setiap sentuhan yang dia berikan. Sejak saat itu, dia tidak pernah lupa bagaimana rasanya ketika dia menyentuh setiap inci kulit tubuh gadis itu. Dan itu membuatkan Tengku Leo bencikan dirinya sendiri.

Benci kerana membiarkan mindanya dikawal oleh bayangan wanita yang dicintai musuhnya.

"I love the way your eyes looking at me..." Suara Tengku Leo berubah husky.

"Full of anger, hateness and sadness" sambung Tengku Leo lagi.

Tiara hanya diam mendengar setiap butir bicara lelaki itu. Andai dia lancar bicara. Sudah lama dia menjerit keras di hadapan wajah tampan itu melepas apa yang terbuku dalam hati.

Apabila Tengku Leo datang mendekat laju Tiara palingkan wajah. Seakan boleh menduga apa lelaki itu bakal lakukan.

Dari senyuman senget, berubah ke senyuman lebar. Dahi bertemu tepi kepala Tiara. Bibir Tengku Leo menyentuh telinga Tiara berlapik tudung.

'Astagfirullahalazim' Tiara mengucap dalam hati, gigi mengigit bibir bawah kuat. Nafas hangat Tengku Leo tembus ke leher meski berlapik tudung buat Tiara geli dan jijik.

Semakin rapat kedudukkan mereka, semakin kasar nafas Tiara, semakin laju debaran jantung dalam dirinya.

"Pandang aku" Arah Tengku Leo lagi. Kali ini suaranya sangat dingin hingga tanpa sedar, Tiara menuruti arahannya.

Iris mata mereka kembali bertemu. Renungan tidak setegang tadi. Redup mata Tiara memohon agar dirinya dilepaskan manakala Tengku Leo memberi renungan yang sukar dia tafsirkan.

"Apa motif Isma suruh kau goda aku?" Tanya Tengku Leo datar. Iris matanya tidak pernah meninggalkan sepasang mata coklat Tiara.

Tiara terpinga-pinga. Apa maksud lelaki itu? Motif? Isma? Goda?

TWISTED REVENGE Where stories live. Discover now