Bab 15

149 10 1
                                    

Noted: Tag saya kalau awak jumpa typo atau ayat yang agak berbelit ya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Noted: Tag saya kalau awak jumpa typo atau ayat yang agak berbelit ya. Saya buat double check tapi tak check sangat. So yeah, please and thank you ♡

Tengku Leo menjungkit alis kiri ke atas ,hujung bibir merah jambunya naik sedikit, sinis.

Dia tahu Tengku Isma akan datang mencarinya. Tapi dia tidak menyangka akan secepat ini.

"¿Qué te hace venir? mi querido primo" (What makes you come? My dear cousin) Kata Tengku Leo cukup sinis hingga Tengku Isma mengetap gigi.

"Apa kau buat pada Tia?" Soal Tengku Isma dingin.

Tajam panahan mata kelabu Tengku Isma menembusi wajah Tengku Leo seakan-akan mempunyai laser yang boleh menguliti wajah tampan itu.

Tengku Leo tak beriak. Dia sudah duga soalan itu. Malah dia ingin ketawa saat ini apabila tekaanya benar.

"Damn, what did i do? I'm helping her, dude" Sinis Tengku Leo seraya menyandar badan ke belakang kerusi. Kepala terdongak angkuh ke arah lelaki di hadapannya itu.

Tengku Isma buka langkah mendekati meja kerja Tengku Leo. Kedua tangannya menekap permukaan meja kaca hitam itu. Badanmembungkuk sedikit hingga wajahnya terdorong sedikit ke hadapan tapi masih berjarak.

"Jangan nak tipu aku, Leo. Apa sebab kau datang rumah aku malam tu?" Itu salah satu tujuan dia datang ke sini. Dia ingin tahu kenapa Tengku Leo boleh ada di rumahnya. Padahal lelaki itu benci datang ke rumahnya dan hanya mahu bertandang selepas dipujuk oleh Datin Aisya. Jika tidak jangan berharap lelaki ini akan memijakkan kaki di rumah mereka.

Lidah mencucuk dinding pipi dari dalam mulut. Tengku Leo hela nafas perlahan sebelum bibir melorek senyum penuh kepalsuan hingga matanya hampir tertutup.

"Entah, aku lupa" Jawab Tengku Leo mengundang amarah Tengku Isma.

Bam!

"Jangan main main dengan akulah! Kenapa kau datang rumah aku malam tu?! Kenapa kau tolong Tia?! Waktu Tia dekat hospital, kau yang jaga dia kan? Apa kau buat dekat dia?" Keras suara Tengku Isma menyoal hingga giginya berlaga sesama sendiri menghasilkan bunyi. Urat-urat hijau mulai timbul dipermukaan dahi dan leher.  Semakin tajam iris matanya menikam iris mata Tengku Leo yang masih tenang.

"Hmm? Didn't i tell you, i didn't remember the reason aku pergi rumah kau. As for that girl. She's was laying on the floor, dying. So i just trying to help and as for 'apa kau buat dekat dia?' i remember, i didn't do anything to her" Jawab Leo separuh jujur separuh menipu.

Tapi Tengku Isma tak percaya dengan mudah. Dia kenal Tengku Leo, dia sangat yakin lelaki itu sudah melakukan suatu hal yang buat Tiara trauma dan ketakutan.

"Huh, kau ingat aku percaya?"

"Never ask you to believe in the first place" Sinis Tengku Leo.

Tengku Isma ketap bibir. Dia perlu banyak bersabar jika ingin berhadapan dengan lelaki itu.

TWISTED REVENGE Where stories live. Discover now