Bab 10

134 9 3
                                    

*Takdelah scene berat, ringan je

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*Takdelah scene berat, ringan je. Jangan risau. Tapi tulah. Mengelakkan terover thingking or terpesong ke, sebaiknya baca malam ya. Takde unsur adegan dewasa pun. Don't worry! (♡˙︶˙♡). Salam ramadan ke 25 semua! ♡

SUNYI SEPI keadaan dalam McLaren putih milik Tengku Leo. Tiara hanya tunduk merenung jari diatas paha tanpa berani mengangkat kepala. Cik jantung sedari tadi berdebar kencang tak tentu arah. Dia rasa tak selesa berduaan dengan lelaki bermata hijau itu. Rasa sesak! Gelisah tak tentu!

"Dah mati ke?" Suara garau Tengku Leo membuatkan kepala Tiara sedikit menoleh ke arah tempat pemandu.

"Lah hidup, ingat mati sampai bunyi nafas pun aku tak dengar" Sinis lelaki itu lagi.

Semakin tertunduk kepala Tiara. Dia berharap sangat mereka cepat sampai ke rumah. Dia betul betul tak rasa selamat saat ini. Aura kelakian Tengku Leo mengusik deria ketakutan dalam dirinya biarpun lelaki itu tidak melakukan apa apa.

"Kau tak dengar ke aku tengah bercakap ni?" Tengku Leo jeling Tiara tak puas hati. Sejak tadi gadis itu seakan cuba menguji kesabarannya. Orang suruh cakap itu cakap jelah!

"Woi!" Suara Tengku Leo tiba tiba naik seoktah.

Bahu Tiara terhenjut sebelum matanya terbeliak besar terkejut ketika sebelah tangan kiri Tengku Leo secara tiba tiba menarik dagunya kasar agar iris mata hitamnya tertumpu ke wajah lelaki itu.

"kau pekak ke apa?! Aku tanya kan? Susah sangat ke nak buka mulut jawab? Bisu?!" Herdik Tengku Leo hilang sabar. Padahal dia sengaja ingin mengertak gadis itu. Tak dapat gertak Tengku Isma. Gertak kekasih hati dia pun jadilah.

Berair tubir mata Tiara ketakutan Bibir bawah digigit perlahan sambil kedua tangan cuba menarik tapak tangan lelaki itu dari mencengkam dagunya. Sakit.

Tengku Leo sembunyi senyuman sinis melihat kelopak mata itu kabur dengan airmata. Hati dia puas. Menyakiti wanita Tengku Isma, sama makna seperti menyakiti lelaki itu juga baginya.

Dia melepaskan cengkaman kasar sebelum kembali fokus pada pemanduan. Sempat Tiara dikerling dengan hujung mata.

Senyuman jahat Tengku Leo tak luntur dari bibir.

Tiara masih membisu. Cuma kali ini dia tidak lagi menunduk melainkan membuang pandang ke luar tingkap kereta. Tengku Leo tahu, gadis itu pasti sedang menanggis dan ketakutan.

"Dahlah, aku gurau je" Suara Tengku Leo berubah selamba. Seakan tidak bersalah selepas apa yang baru sahaja terjadi.

Tiara kepal tangan. Gurau? Ini ke cara bergurau? Suka hati sentuh orang. Dan Tiara rasa cengkaman tadi bukanlah sekadar gurauan. Lelaki itu menberikan tekanan pada cengkaman tadi hingga dagunya terasa sengal dan kebas hingga ke tulang. Seolah menyalurkan sebuah kemarahan yang terpendam.

Tiada respon dari Tiara. Tengku Leo kembali mendecit. Tch!

"At least cakaplah sesuatu. Dari hari itu aku jumpa kau. Tiada suara sekecil bunyi kentut kau pun aku pernah dengar. Ah hari itu, kau minta tolong dekat aku kan? Tak cakap terima kasih lagi. Sekarang aku nak kau berterima kasih sebab dah tolong kau. If kau tak cakap terima kasih. You can't leave this car" Alasan, padahal dia cuma nak dengar suara Tiara saja. Sejak pertama kali mereka bertemu, dia tidak pernah mendengar suara itu. Entah kenapa dia sangat ingin mendengar suara gadis muda itu.

TWISTED REVENGE Where stories live. Discover now