Bab 6

129 12 0
                                    

MERASAKAN kehadiran seseorang disitu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MERASAKAN kehadiran seseorang disitu. Tiara menoleh ke sisi kanan. Mata kecil dibalik kacamata bulat itu terkedip hairan. Sedang apa lelaki itu disini? Dan Tiara baru ingat siapa lelaki itu. Itu lelaki yang sama tumpangkan dia tadi. Tiara agak terkejut bila mengetahui identiti sebenar lelaki itu. Dia ingat sekadar keluarga jauh saja. Tapi status lelaki itu juga sama seperti Tengku Isma. Cucu kepada Puan sri Rossa. Dan baru hari ini dia mengetahui fakta bahawa Tengku Isma, Tengku Izzat dan Tengku Izzati memiliki sepupu lain selain dirinya.

Tengku Leo merenung air kolam itu  membayangkan seseorang sedang tergapai gapai meminta pertolongan untuk diselamatkan. Air berkocak hebat tapi tiada sesiapa datang untuk memberi bantuan hingga si mangsa keletihan bergelut untuk menyelamatkan diri sendiri lalu perlahan-lahan lemas. Dan dia berdiri di tepi kolam menyaksikan sendiri bagaimana si mangsa mulai tenggelam ke dalam dasar air sambil tersenyum kemenangan. That's a perfect scenarios.

Senyuman sinis terbit di bibir Tengku Leo. Dia menyeluk poket seluar mengeluarkan kotak rokok.

"That will be one of my way to kill him... only if that bastard doesn't know how to swim" Bisik Tengku Leo keras seraya mengeluarkan sebatang rokok lalu di kepit diantara dua ulas bibirnya. Jelas terpancar riak tidak puas hati di seraut wajah kacak itu.

Semakin membara api kebencian dalam diri ketika Puan sri Rossa merendah-rendahkan dirinya di hadapan Mummy dan Daddynya sendiri. Segala kata pujian diberikan pada Tengku Isma, cucu terbaiklah, cucu harapanlah, cucu kesayanganlah dengan niat jelas lagi nyata sindir dia dan nak buat dia sakit hati. Tengku Leo terkekeh sinis. Heh. Kau ingat, aku kesah ke orang tua?

Tidak.

Dia langsung tak kesah. Jadi cucu kesayangan Puan sri Rossa? Itu bukan impiannya, malah tak pernah ada dan takkan pernah wujud dalam kamus hidupnya. Dia lebih rela memanggil seorang pengemis tua sebagai nenek daripada mengakui wanita tua mulut puaka itu ialah 'grandma'nya. Matlamatnya cuma satu. Ingin menjadi pewaris kekayaan D'A Legacy dan menjatuhkan Puan sri Rossa serta menghancur cucu yang sangat disanjung wanita tua itu.

Tapi ada satu hal yang menghalang dendam Tengku Leo dari terlangsungkan.

Kelemahan Tengku Isma.

Lelaki bermata kelabu itu seakan tidak memiliki celah yang boleh dia gunakan sebagai senjata untuk menghancurkan lelaki itu sendiri. Dan itu yang buat dendam Tengku Leo belum boleh terbayar.

Dia ingin mencari titik kelemahan Tengku Isma dimana lelaki itu akan hancur sehancur-hancurnya seperti dalam fikirannya selama ini.

Tengku Isma tak layak bahagia. Selepas kejadian 18 tahun lalu. Hari hari Tengku Leo bagai berjalan menuju ke neraka. Sedang Tengku Isma? Lelaki itu masih boleh tersenyum lebar seperti biasa tanpa merasa bersalah atas apa berlaku. Seolah beban sejarah hitam itu hanya dia yang menanggung sakitnya.

Asap rokok di hembus ke udara. Sepasang mata hijau Tengku Leo semakin lama semakin gelap. Setiap kali mengingati kejadian 18 tahun lalu. Perasaan marah, dan sedihnya bercampur baur. Dan yang jelas. Semakin dalam rasa bencinya buat Tengku Isma Hamri D'Alexsandro.

TWISTED REVENGE Where stories live. Discover now