Bab 25

113 17 1
                                    

Note : Mungkin ada banyak typo sebab saya tak buat double check. Kalau ringan jari tu. Taglah saya dekat rangkap ayat yang ada typo tu ya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



LAMBORGHINI Huracan model terbaru memasuki perkarangan mansion mewah D'Alviero. Selepas memarkir kereta mahal itu di ruangan letak kereta khas milik D'Alviero. Tengku Leo melangkah keluar dengan penuh gaya selepas mematikan enjin kereta.

Wajah jelita Puan sri Belle yang masam mencuka di depan pintu membuat Tengku Leo melorek senyuman nakal. Dengan pantas dia berjalan mendapatkan wanita kesayangannya itu.

"Hi beautiful, how's your day?" Sapa Tengku Leo dengan nada mengoda. Tapak tangan Puan sri Belle diraih sebelum dikucup lembut.

Pak!

"Auww Mummy!" Adu Tengku Leo bagai anak kecil selepas bahunya menerima tamparan berbisa dari mummynya.

"Assalamualaikum! Baru ingat nak balik rumah? Ingat dah tak reti nak balik, kot yelah dah lupa ada parents lagi" Sungguh pedas menusuk kalbu sindiran Puan sri Belle bagi. Tengku Leo balas dengan sengihan lebar. Dia dah agak dah, mummy dia pasti bising bila dia balik.

"Walaikumsalam, syurgaku. Maafkan anakmu syurgaku. Anakmu salah" Pinta Tengku Leo dengan wajah dibuat-buat comel. Tapak tangan Puan sri Belle dan pipi mulus wanita itu dikucup silih ganti.

Tak boleh nak marah lama-lama, pandai betul anak tunggal dia ni nak membodek. Wajah tampan Tengku Leo dia jeling sebelum membalikkan tubuh atur langkah masuk ke dalam dibuntuti Tengku Leo dari belakang.

Tengku Leo garu belakang leher. Alamak, nampaknya mood maam besar tak baik!

"Kenapa tak datang melawat Aunty Aisy kat hospital? Dua hari dia kena tahan dekat wad, Leo. Takkan sejam pun kamu tak boleh luangkan masa jenguk dia?" Suara Puan sri Belle bernada kecewa. Terkilan dengan sikap anak lelakinya itu.

Padahal, Datin Aisya sangat mengambil berat tentang lelaki itu. Dua hari Datin Aisya kena warded, dua hari juga Puan sri Belle ulang alik dari rumah ke hospital. Dia sudah anggap Datin Aisya sebagai kakak kandungnya sendiri sebab itu dia jadi sangat cemas ketika Tengku Leo menelefonnya dan mengabari Datin Aisya kena masuk wad disebabkan serangan jantung. Nak pitam rasanya dia time tu sebab terlalu terkejut, mujur ada suami dia yang tenangkan dia. Dan ketika mereka sampai di hospital, bayang-bayang anaknya tidak kelihatan. Sehinggalah hari ini, bila Datin Aisya sudah dibenarkan pulang ke rumah. Tengku Leo belum juga datang melawat. Puan sri Belle gelengkan kepala, tak faham sungguh dengan perangai anak tunggalnya itu. Sibuk macam dia tu perdana menteri.

Tengku Leo dari belakang sembunyi senyum. Langkah dibuka luas agar menyaingi langkah mummynya.

"Sorry, Nanti kita pergi melawat Aunty Aisy dekat rumah dia sama sama, okay?"

"Promise?"

Puan sri Belle berhenti menapak lalu dongak kepala memandang wajah tampan anaknya. Sengaja matanya dikecilkan menandakan dia tidak ingin anaknya memungkiri janji.

TWISTED REVENGE Where stories live. Discover now