Bab 4

126 12 0
                                    

BEBERAPA JAM sebelum majlis makan malam keluarga besar Puan Sri Rossa, mummy kepada Dato Tengku Isaac Hirman dan Tan sri Tengku Matteo Hilman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BEBERAPA JAM sebelum majlis makan malam keluarga besar Puan Sri Rossa, mummy kepada Dato Tengku Isaac Hirman dan Tan sri Tengku Matteo Hilman. Mansion Dato Tengku Isaac kedatangan tetamu iaitu Tan sri Tengku Matteo dan isteri yang baru balik dari negara Itali.

Mereka rancak berbual di ruang tamu seperti layaknya orang yang sudah lama tidak berjumpa.

"Makin segak along tengok kau ni, ngah. Muka makin berseri, entah entah ada 'niat' nak kahwin lagi" Dato Tengku Isaac sengaja mengusik adiknya itu. Terus gelabah raut wajah berumur tapi masih terlihat kacak itu.

"Aip! No way along! Angah dah ada permata kan. Buat apa nak cari kaca lagi?" Cepat cepat Tan sri Tengku Matteo menyangkal saat perasan tatapan tajam dari isterinya, Puan sri Bellerina. Wanita kacukan perancis-itali itu.

"Permata ibarat singa ini pun susah nak jaga. So why should i put myself into trouble looking for another one?" Sempat Tan sri Tengku Matteo berbisik di telinga abangnya kerana jarak sofa mereka agak dekat. Tergelak besar Dato Tengku Isaac. Dia setuju dengan ulasan adiknya itu. Hanya kaum suami takut isteri sahaja yang tahu disebalik ulasan itu.

"Dear, are you talking bad about me?" Suara lunak Puan Sri Belle berbunyi agak seram pada halwa pendengaran Tan sri Tengku Matteo. Sepantas kilat lelaki paruh usia itu menggeleng.

"No, how can i talk bad about my lovely wife when there nothing bad about you, my love" Tak kira usia, aura playboy si mulut manis masih saja ada pada Tan sri Tengku Matteo. Siap paket kenyit mata lagi.

Puan sri Belle mendecit. Paha suaminya dia tampar lembut lalu kembali menghadap Datin Aisya menyembunyikan wajah memerahnya.

Terus Tan sri Tengku Matteo angkat kening beberapa kali pada abangnya. Sengaja nak menyakat. Tengok, otai masih berbisa. Muahahaha. Dato Tengku Isaac berdecit kesal. Dia nak kenakan adiknya, dia pula yang terkena. Tch!

"Along pun boleh buat macam tu lah, kan sayang?" Wajah Datin Aisya dicari. Kali ini siap dia bagi flying kiss lagi. Membulat mata Datin Aisya. Tak menunggu lama. Kusyen kecil di belakang badan di capai sebelum di lempar pada wajah suaminya.

"Apa abang ni? Malulah sikit. Dah tua dah pun" Bebel Datin Aisya menahan malu.

Murung wajah Dato Tengku Isaac manakala Tan sri Matteo bantai gelak. Tak padan dengan umur dua lelaki ni. Tawa Tan sri Matteo terhenti ketika satu benda lembut terkena wajahnya. Pandangan tak percaya di lempar pada wajah bersahaja isterinya.

"Honey... Why?" soal si suami dalam nada terkhianati.

"Sedap Dear gelakkan, along. Dear pun sama je. Dah tua bangka pun nak acah sweet bagai, gigi tu dah nak lost dah. Tak malu ke dengan anak anak nanti?"

Kini kedua-dua suami itu sama sama murung. Kena reject dengan isteri sendiri. Para isteri pula kembali berbual seperti tiada apa apa berlaku.

"Ni waktu I pergi paris hari itu. I ada nampak handbag ni, dia cantik sangat. I terus teringat dekat kakak ipar i yang lawa ni. Tu yang i terus beli untuk you" Puan sri Belle capai beg kertas jenama Gucci berisi handbag harga ratusan ribu ringgit lalu di letak atas peha Datin Aisya.

TWISTED REVENGE Where stories live. Discover now