Bab 13

133 12 1
                                    

"¡¿qué?!" (Apa?!)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"¡¿qué?!" (Apa?!)

Terlalu terkejut hingga terkeluar bahasa spanishnya. Tengku Leo telan liur kesat, bulat matanya memandang ke arah Zyran sebelum dia menoleh ke arah katil.

Tiara dan Edith juga memandang ke arah mereka dengan dahi berkerut masing masing. Tengku Leo basahkan bibir bawah. Tiara tak dengar kan apa yang Zyran cakap tadi?

"Kenapa Leo?" Soal Edith hairan. Terkejut mereka apabila lelaki itu tiba tiba menjerit kuat.

Laju Tengku Leo membalas sambil tertawa kekok

"No.. Nothing, haha. Keep talk. Aku nak bincang dengan Ran kejap"

Dia bangun dari duduk kemudian menarik lengan Zyran sebelum di bawa keluar dari wad itu. Perlakuannya hanya diperhati Edith dan Tiara dengan dahi masing masing yang masih berkerut.

Kenapa lelaki itu tiba tiba bertingkah aneh?

Di luar wad. Tengku Leo seret Zyran ke tempat agak tersembunyi. Mereka berdiri di lorong berhampiran tangga. Merasakan tempat itu tidak akan dilalui sesiapa buat masa ini. Tengku Leo bebas bertanya apa sahaja.

Kini, tajam mata hijau itu menikam mata hazel Zyran yang tenang membalas renungannya.

"Apa maksud kau budak tu mengandung?" Soal Tengku Leo dingin. Peluh dingin membasahi dahi putihnya. Dia benar benar terkejut mendengar berita itu. Dia tidak menyangka Tiara..... mengandung.

"What do you mean, 'apa maksud kau budak tu mengandung?' isn't it normal for a wife to get pregnant if they have a husband?"

Okay, Tengku Leo seperti ingin menghempuk kepala sahabatnya itu saat ini. Dah dia tanya tu jawablah betul betul!

"Maksud aku macam mana dia boleh mengandung?!" Suara Tengku Leo sedikit tinggi. Entah kenapa, dia rasa cemas dan resah. Dia takut kalau berita itu benar benar sahih.

Zyran angkat alis kening tinggi. Sedaya upaya dia cuba menyembunyikan senyum sinis. Aku dah agak... Dia perasan ini waktu masuk wad mula mula tadi. Dan sekarang dia nak pastikan kalau apa yang ada dalam fikirannya saat ini betul atau salah.

"Siapa suruh kau tak pakai protection" Umpan Zyran.

Dan malangnya, disebabkan masih terkejut dan kusut. Tengku Leo secara tak sedar jatuh dalam terperangkap Zyran.

"Mana aku tahu malam tu aku nak tidur dengan dia!" Tengking Tengku Leo sedikit kuat, member tengah emosi.

Zyran senyum lebar. Melihat senyuman sahabatnya. Tengku Leo terdiam, terkebil-kebil. Alamak....

"Bodoh" Kutuk Zyran selamba. Dia langsung tak menunjukkan sebarang reaksi terkejut.

Tengku Leo hembus nafas berat. Wajah diraup kasar seraya menyelak rambut ke belakang sebelum dikusutkan. Fikirannya mulai serabut.

TWISTED REVENGE Where stories live. Discover now