BAB 1

4.8K 239 14
                                    

Kwangsoo's P.O.V

Aku pandang ke luar tingkap van ni.Awan hitam.Gelap macam nak hujan.Dalam masa terdekat turunlah hujan ni.Aku nampak seekor burung terbang sendiri.Mungkin pulang ke sarang.Takut ditimpa hujan.
Lama lama aku termenung ni,makin berat pulak kelopak mata aku.
"Ha,tidur,tidur."Lelaki di sebelah aku menyergah.
"Nak tidur pun tak boleh?"Protes aku.
"Tidur je tahu."Lelaki yang sedang memandu menambah.
"Jihyo nuna boleh je tidur!"Aku tunding pada gadis yang sedang tidur mati di belakang.
"Dia perempuan!"Bidas lelaki bertopi senget di sebelahnya.Kurang munasabah.
Aku tarik muka sebelum abang abang dalam van ni ketawa bagai nak rak.
Yang sebelah aku ni Ha Donghoon.Orang panggil Haha.Yang sebelah dia yang macam muscleman tu Kim Jongkook.Kat belakang aku,perempuan kuat tidur tu Song Jihyo.Sebelah dia Kang Heegun.Orang panggil Gary.
Yang duduk sebelah pemandu tu pakcik aku.Hahaha.Bukan la,nama dia Jee Sukjin.Yang sedang memandu tu Yoo Jaesuk.
Aku?Aku Lee Kwangsoo.Ahli paling muda dalam kumpulan dan yang tak habis habis kena buli.Huhuhu.Tapi,aku rasa diorang sayang kot kat aku..Entahlah.
Kami salah satu kumpulan penyiasat persendirian di Seoul.
Agak popular la jugak.Polis pun kadang kadang mintak tolong kami.Masuk surat khabar tu kadang kadang ada lah jugak.
Kami masing masing ada kelebihan sendiri.
Song Jihyo seorang gadis yang pandai menyamar.Kadang kadang aku pun tertipu walau pun dia ni kadang kadang macam mong sikit.
Kang Gary,dia pakar dengan bahan api dan senjata.Sebelum dia balik Korea dulu,dia jual senjata seludup kat AS.Tapi,aku rasa dia dah cuci tangan.Sebab tu,dia ada budaya kebaratan sikit.Bahasa inggeris?Boleh la.
Kim Jongkook,dia kuat.Tu saja pun dah cukup.Hahaha.Aku rasa kelab fitness tu rumah dia kot.
Haha ni pulak,dia pandai IT.Dah banyak kali weibo aku kena hack ngan dia.Damn.
Jee Sukjin ni doktor psikologi.Sebelum dia berhenti kerja dulu la.Tapi power dia, jangan terkejut la.
Ketua kami,Yoo Jaesuk seorang yang pandai selok belok penyiasatan dan strategik.Sebelum ayahnya dia meninggal dunia,ayah dia seorang detektif.Dia tahu la sikit selok belok menyiasat ni.Tambahan lagi dia ni memang pandai dari kecik.IQ dia dekat 200 time kami buat ujian IQ dulu.Aku punya result?Hehehe.Tanya ahh siapa siapa.
Aku..Aku ni pakar kimia.
Aku dulu ambik jurusan perubatan kat universiti.Lepas mak ayah aku mati,aku berhenti belajar.Mana aku mampu.Nasib baik Jaesuk hyung ajak aku kerja dengan dia.
Sekarang,kami dalam perjalanan ke tempat customer kami yang namanya siapa pun kami tak tahu.
Villa Agam Senja Merah.Kami datang~~

DAN MASA PUN TERHENTI (Completed)Where stories live. Discover now