BAB 14

1.4K 130 6
                                    


Haha's P.O.V

Jantung aku berdegup laju melihat kejadian di depan mataku kala ini.Insung hyung sedang merangkul leher Kwangsoo dan mengacukan pisau pada lehernya.Secara tidak lansung,aku terlihat darah mengalir perlahan di lehernya yang tertorah sedikit.Liur aku telan.

Jelas kelihatan wajah Kwangsoo yang ketakutan berubah pucat.Memang benar ada yang mengekori kami tadi.Mereka pasti tak jumpa kertas tu dan perlu minta tolong kami pula.Haish,Kwangsoo~

"Yah~Lepaskan dia!"Jongkook hyung tampil ke depan.Pisau di leher Kwangsoo makin dekat dengan lehernya. "Jangan dekat,kalau tak nak dia mati!"Insung hyung menjerit.Mata Kwangsoo tertutup sebentar kerana bunyi jeritan yang bingit di telinganya.

"Arasso,bertenang..bertenang."Sukjin hyung cuba mententramkan suasana. "Kami janji akan tolong kamu,tapi lepaskan dia."Jaesuk hyung mendekatinya perlahan lahan sambil berunding. "Macam mana kami nak percayakan korang?"Tanya insung hyung.

"Janganlah macam tu,percayalah pada kami ni.."Jihyo memujuk."Ya,betul,betul."Tambah aku."Lepaskan dia dulu,kami janji akan tolong korang cari kertas hitam tu."Gary hyung pun sama mendekati lelaki itu.

"Betul,hyung.Saya janji akan tolong hyung."Kwangsoo yang ketakutan berbicara.Insung hyung melihat lama lama leher Kwangsoo.Apa pulak di cuba nak buat ni?Aku mula rasa tak sedap hati.

"Saya akan tunggu di sini dengan dia..Dan kamu semua carikan kertas tu untuk kami."Insung hyung tersenyum memberitahu cadangannya.Aku cepat cepat mengangguk diikuti ahli ahli lain diakhiri Jaesuk hyung.

"Kamu semua,ikut mereka ni dan pastikan mereka tak main main ataupun encik zirafah ni akan mati nanti."Ujar Insung hyung pada ahli Blueshot yang lain yang bersembunyi di sebalik dinding bilik itu.

"Mari,mari~"Yonghwa mengejek kami yang kini di bawah kekuasaan mereka.Boyoung menarik rambut Jihyo membuatkan dia terdorong ke luar bilik.

"Yah~"Gary hyung naik berang.Insung hyung tersenyum sinis lantas bibirnya dijuihkan ke arah Kwangsoo.Sebagai amaran,jangan melawan ahli ahlinya atau Kwangsoo akan terima akibat nanti.

Aku berdesis.Geram dengan tindak tanduk tak berperikemanusiaan mereka ni.Jongkook hyung menolak bahu aku supaya aku keluar  dari bilik itu.Di saat itu,aku terlihat Jihyo mengerlip matanya pada Kwangsoo..Apa maksudnya?Bahkan,riak wajah Kwangsoo pun kelihatanseperti  tidak tahu menahu isyarat itu.Takkan aku nak tanya apa maksudnya sekarang,habislah nanti.

"Yah,kalau berkumpul macam ni,bila kita nak jumpa kertas tu?"Jaesuk hyung memecah suasana sunyi ketika kami sama sama berjalan diawasi kumpulan Blueshot di belakang.Apa?Bukan ke tadi,mereka yang cakap jangan berpecah?Sekarang ni nak berpecah pulak?Aku mahu membantah tetapi aku diamkan sahaja.

"Arasso,kalau tu yang kamu nak."Ujar Yonghwa.Aku dan Gary hyung serta Joongki berpecah ke dapur utama.Besar sungguh dapur ini,sudah sebesar apartment aku di Seoul.Adalah sangat membazir kalau rumah sebesar ini hanya digunakan untuk permainan bodoh ini.

Joongki meneliti setiap tindak tanduk kami mencari kertas hitam itu di setiap ceruk dapur ini. "Yah~Joongki."Gary hyung tiba tiba bersuara.

"Wae?"Joongki bertanya kurang ajar.Kang Gary itu tersenyum sinis.Apa yang sedang dia rancang?Aku pun sebenarnya tak pasti.

"Kamu fikir kami sebodoh tu ke?"Gary hyung bangun dan buatkan mata aku terbeliak.Di tanngannya tersemat selaras pistol dilengkapi silencer.




DAN MASA PUN TERHENTI (Completed)Where stories live. Discover now