BAB 8

1.6K 152 1
                                    

Jongkook's P.O.V

Kepala aku sakit.Malah bahu aku bagai tidak mampu digerakkan.Aku mengerang menahan badan ku dari terjatuh setelah susah payah untuk bangun.Di sekeliling aku,semua orang sedang terbaring tidak sedarkan diri.
Yang disebelah aku kala ini ialah Haha.
"Haha!Ierona."Aku goyangkan bahunya.
"Jongkook oppa.."Jihyo terpisat pisat bangun.
"Jihyo yah~Apa dah jadi?"Aku renung wajahnya yang ketakutan.
Dia menggeleng.Tanda dia pun tidak tahu menahu hal ini.
7.36.Jam di depan aku.Ia berhenti tepat jam 7.36.Pagi atau malam,aku sendiri tak pasti.Entah entah sudah berapa hari aku pengsan di sini.
"Jongkook oppa,apa yang kita perlu buat?"Jihyo ketakutan.Aku tak tau.Aku diam bagaikan aku bisu.
Selang beberapa minit,beberapa orang di ruang itu mula terbangun.Kwangsoo,Seokjin hyung dan Jaesuk hyung.
Wajah mereka pucat.Kami saling berpandangan.Aku pusing kiri kanan dan berjalan ke pintu di bilik itu.Terkunci rapat.Bahkan bila aku menghentak pintu itu dengan bahu,ia tidak berganjak sedikit pun.
Aku perlu cari iktiar lain.Aku baru terperasan ahli Blueshot tiada di dalam bilik ini.Hanya kami bertujuh.
Haha dan Gary akhirnya terbangun sebelum suara dari corong suara do penjuru bilik itu berbunyi.Aku dan yang lain tersentak.
"Selamat bangun,ahli Running.Saya harap awak semua sudah cukup rehat~~"Suara itu ceria.
"Macam yang awak semua tahu,semalam,tuan rumah ni telah dibunuh dengan kejam.Mulai dari saat ini,anda semua akan terkunci dalam ni."Jantung aku berdegup laju.Siapa gerangan suara ini?
"Tapi,jika satu kumpulan daripada dua kumpulan yang ada di dalam rumah ini dapat tahu siapa pembunuhnya,kumpulan itu akan dapat keluar dari sini sementara kumpulan satu pagi akan dijatuhkan hukuman!!!"Suara itu ketawa bagaikan seorang gila.
"Hoi,keluarlah!Jangan nak berlakon.Kami tak akan main permainan ni!"Aku terasa muka aku panas sebelum segalanya terhambur geram.
"Selamat berjaya.Satu lagi saya mahu ingat kan,pembunuhnya...Di kalangan kamu."
Bilik itu kembali senyap.
"Jaesuk hyung macam mana ni."Tanya aku.Wajahnya kelihatan buntu.Seorang ketua pun boleh hilang kata kata,apatah lagi kami.
Pintu terbuka sendiri membuatkan kami tertoleh.Rasanya permainan ini telah bermula.

DAN MASA PUN TERHENTI (Completed)Where stories live. Discover now