BAB 15

1.5K 139 23
                                    


Kwangsoo's P.O.V

"Hyung,boleh tak kalau jauhkan pisau tu dari saya sekejap.Saya janji takkan lari."Rayu aku sambil mataku seakan juling merenung pisau di leherku kala ini.Berkilat.Pasti tajam.Haishh~Kenapalah fikir pasal benda ni sekarang?

"Aniyo~Nanti kamu lari,macam mana?"Insung hyung tersenyum mengejek pada aku. "Jinjja,saya takkan lari.Sumpah!"Aku beria ia.Dia tertawa,terhibur dengan aku.Sepatutnya aku dah lama menceburi bidang pementasan kalau aku boleh buat dia ketawa sebegini kuat.Yah~Ahjusshi,tak lawaklah! Aku mengalih pandang ke tempat lain.

"Merajuk."Dia tertawa lagi.Menjengkelkan betul dia ni.Aku menjeling dia.

"Jadi,untuk pertama kali..Kumpulan Running berjaya jadi orang suruhan kami.Bertuah,kan?"Insung hyung tersenyum bahagia.

"Maksudnya,misi ni tak adalah teruk sangat,kan?"Aku tersenyum sakit hati padanya."Betul!"Jawabnya bersemangat.Hmm,takkan lama,orang tua..Takkan lama.Aku cuma perlu alihkan perhatian dia dalam setengah jam lagi sebelum misi kami dilaksanakan.

Misi apa?Hehehe.Tadi,bukan ke Jihyo nuna kelipkan mata pada aku?Itu maksudnya,misi kami baru sahaja bermula.Tunggu dan lihat saja.

"Kamu nampak tenang je,apa yang buatkan kamu tenang macam ni?"Insung hyung bertanya pada aku.Aku cepat cepat menggeleng.Alamak,dia perasan ke?Alamak,alamak,alamak.

"Ppali~"Dia mendekatkan pisaunya ke leher aku.Pedih.Aku rasa ada cecair mengalir menuruni tengkuk aku ke dada.Ppali,kawan kawan.Adikmu ini sudah kekurangan darah dan tak tahu nak jawab apa dah!

"Hmm..sebenarnya,saya suka dekat Boyoung."Jawab aku spontan.Mata Insung terbeliak.Dia tertawa lagi.Malah lebih kuat dari kebiasaan.Nasib baik,keluar idea ni walaupun benda ni memalukan sungguh.Tanpa aku rancang,pipi aku mulai terasa panas.

"Yah~pipi kamu merah!"Insung hyung mencucuk pipi aku dengan tangannya yang sebelah lagi. "Jinjja?Macam mana lah saya tak perasan?"Insung hyung mengusik berdasarkan kenyataan balas aku yang entah apa apa.

"Jinjja."Aku tersengih menipu.Tiba tiba aku terdengar bunyi 'tik-tik'.Ini bunyi penggera Haha hyung.Yang Haha hyung bagi pada kami tempoh hari."Bila kamu dengar bunyi 'tik-tik',maksudnya ada sesuatu dah terjadi."Masih terngiang ngiang kata kata Jaesuk hyung pada hari pertama kami sampai ke vila ini.

Dalam kes ini,bunyi 'tik-tik' bermaksud  masa untuk aku bertindak.Seorang dari kami dah laksanakan misi kami.Sekarang masa untuk aku pulak.

"Insung hyung~"Aku memanggil.

"Wae?"Tanyanya.Aku tersenyum lantas tangan aku laju mengeluarkan pisau lipat milik Gary hyung yang diberi pada aku sebentar tadi.Ia mengena ke pipinya ketika tangan aku rambang menyerangnya dengan pisau itu.

"Arghhhh!!"Dia menjerit kesakitan lantas pisau yang dipegangnya jatuh ke atas lantai.Aku melarikan diri dan sempat menutup pintu itu.Tersemat kunci untuk semua bilik di rumah itu pada tombol pintu bilik itu.Patutlah Insung hyung dapat masuk ke dalam bilik itu tadi walaupun sudah terkunci,rupa rupanya dia  sudah menjumpai semua kunci bilik di dalam rumah itu.Aku mengunci bilik itu takkala terdengar hempasan kuat seseorang ke atas pintu itu.Pasti Insung hyung.

Aku tersenyum.Kami tak sebodoh tulah.Tak.


DAN MASA PUN TERHENTI (Completed)Where stories live. Discover now