BAB 16

1.4K 141 7
                                    


Gary's P.O.V

Aku mengunci pintu dapur tersebut lantas aku menoleh.Wajah Haha blur.Haish,budak ni.Tulah,orang berbincang pasal misi,dia main telefon!Aku buat muka tak endah.

"Hyung,apa yang kita tengah buat?"Dia menggoncang bahu aku.Terasa ringan tangan mahu menunjal kepala dia ni. "Kita tengah jalankan misi,Donghoon."Aku berjalan ke hadapan.Menyimpan pistol aku kembali ke poket sisi.

"Pistol tu,hyung.Pistol tu."Haha menunjukkan  poket aku dengan wajah takut takut. "Ya,pistol.So what?"Ujar aku. "Hyung kata hyung dah berhenti buat benda ni..kan?"Dia merenung muka aku. "Saya berhenti jual senjata api,tak bermakna saya tak ada benda tu,arasso?"Mata aku mencerun memandang matanya.Mungkin tembus cermin mata bulatnya itu.

"Daebak,hyung!Hyung tembak tadi,tepat tepat kena kaki dia,hyung!!"Haha memuji,matanya bulat.Penuh dengan keterujaan selepas melihat aku menembak kaki Joongki sebentar tadi.Aku senyum sedikit.

"Jom,jumpa Kwangsoo."Ajak aku. "Tapi,kumpulan Blueshot.."Haha menggaru kepala.Omo,budak ni! "Kamu tak dengar lansung ke kita bincang semalam pasal misi ni?Kita pisahkan mereka dan serang mereka.Tanpa mereka,senang sikit kita nak buat kerja."Jawab aku. "Lepas tu?"Tanyanya lagi. "Kita selesaikan kes ni,tangkap dalang dan keluar dari sini.Lepas kita selamat,kita selamatkan mereka pulak.Faham?"Aku menerangkan.

"Oh.."Haha mengangguk angguk.Kami berjalan ke bilik di mana kami berjanji untuk bertemu. "Macam mana?"Jaesuk hyung menyapa aku dan Haha. "Joongki out~"Aku berlawak.Haha masih dengan muka blurr.Semua tersengih.

"Gumawo,hyung."Kwangsoo menghulurkan aku pisau lipat milik aku.Ada darah sikit.Kalau orang yang tak tahu,mungkin mereka menyifatkan kami Kumpulan Pembunuh,bukan kumpulan Penyiasat.Namun,ini untuk kebaikan semua orang juga.Tanpa keputusan yang kami ambil ini,mungkin kami akan mati dalam masa kurang 5 jam di rumah ni.

"Semua selesai?"Tanya Jaesuk hyung."Selesai!"Jawab kami serentak sebagai jawapan yang semua ahli Blueshot yang berbaki telah dikurung di dalam bilik bilik di rumah itu. "Mari mulakan siasatan."Ujar Jaesuk.

"Pertama sekali,dalang ada di antara kita semua.Kedua,tuan rumah,Minhyuk dan Jonghyun dibunuh dengan racun,ketiga,senjata dan kamera telah dipasang di seluruh rumah ini selepas kita sampai dan diracun untuk tidur dalam tempoh tertentu,keempat, tiada talian telefon dan televisyen,kelima,semua jam telah berhenti pada pukul 7.36."Jawab Jaesuk,cuba mengingati semua klu sejak hari pertama kami sampai di sini. "Ada ulasan?"

"Saya rasa ada sesuatu tentang gambar Unta yang saya jumpa tu."Semua mengeluh bila Sukjin hyung memberitahu ulasannya. "Jebal,hyung.Benda tu tak ada kena mengena dengan kes ni."Jongkook hyung menghembus nafas geram. "Jinjja!Saya tahu ada sesuatu tentang gambar tu!"Sukjin hyung berkeras.

"Itu gambar di bilik salah seorang pesakit saya dulu."Tambahnya lagi. "Sukjin oppa,bukan satu je lukisan tu di dunia ni."Jihyo membidas.Wajah Sukjin hyung berubah sugul. Kami berpandangan.Rasa bersalah pula.

"Kalau macam tu,kita cari lukisan tu dan kertas hitam tu sekali.."Jaesuk hyung menepuk bahu Sukjin hyung,mahu memujuk orang yang dianggap abang itu.

"Setuju?"

"Setuju."



DAN MASA PUN TERHENTI (Completed)Where stories live. Discover now