BAB 6

1.8K 156 6
                                    

Haha's P.O.V

"Ierona,Haha hyung~~"Pandangan aku kabur.Yang aku pasti kala ini,seseorang sedang menggoncang bahu aku dengan gegaran maha dasyat.
"Yah~Berhenti!"Aku tolak gerangan yang ganggu aku tidur tadi.Dia tergelak.
Kwangsoo rupanya.Aku menguap.
Kepalanya aku tampar perlahan sebelum aku capai bantal dan tutup muka sendiri.
"Yahhh,hyung.Sekarang waktu makan malam.Tuan rumah marah nanti."Sekali lagi,bahu aku digoncang bagaikan kejadian bencana alam sedang berlaku.
"Arasso,arasso."Aku akhirnya mengalah.Aku cuba bangun tetapi terlalu mengantuk lalu aku berbaring semula.Melayan nafsu tidur aku ni.
"Hyung,dia tak nak bangun."Aku dengar Kwangsoo mengadu.Pada siapa aku tak tahu.Aku malas nak fikir.
"Haha!Bangun!"
Aku serta merta berdiri tegak.Haisshh,Jongkook hyung ni.Tak tau kenapa badan aku bagi respon lain macam bila dengar suara dia.Malangnya nasib,dahlah liputan tak ada di sini.Bosan yang amat rasanya.
"Siaplah.Makan malam pukul 7."Ujar Jaesuk hyung.
"Alaaa,hyung.Sekejap je nak tidur."Aku mencebik sambil peluk bantal peluk penguin aku.
"Jongkook yahh~Tengok anak kamu ni."Seloroh Sukjin sebelum aku berlari ke bilik air untuk tukar baju.
"Tahu takut."Gary hyung gelakkan aku.
************************************************
Suasana dewan makan yang besar ini terasa meriah walaupun menghimpunkan dua kumpulan yang tak pernah nak berbaik.Mahu saja aku toreh toreh kepala budak budak ni dengan pisau makan.
Kami ambil tempat di kerusi masing masing.Kami saling berhadapan.Saling berpandangan dengan pandangan geram.Yang di depan aku kala ini ialah Minhyuk.Muka macam baik tapi sebenarnya licik.
"Selamat datang ke majlis makan malam Villa Agam Senja Merah.Tuan rumah akan datang sebentar lagi.Diharap bersabar."Pembantu rumah yang tadi itu memberitahu.
"Silakan makan dahulu."Seorang pembantu rumah perempuan datang dengan beberapa pinggan hidangan dalam talam yang ditatangnya.
Seorang lagi pembantu rumah lelaki berambut kerinting datang dan meletakkan minuman untuk kami.
"Sebelum terlambat,nama saya Yoo Sochil."Pembantu rumah itu memperkenalkan diri.
"Ini Min Samchi."Sochil menunjukkan pembantu rumah perempuan yang baru kelihatan itu.
"Ini Han Daehyuk."Tambahnya lagi memperkenalkan lelaki berambut kerinting itu.
"Selamat berkenalan."Jaesuk hyung tunduk lantas tersenyum.
"Silakan makan dahulu."Ulang Sochil sebelum berlalu dengan Samchi dan Daehyuk ke dapur .
"Wah,daging~~"Aku tersenyum lebar melihat stik dengan kuah menyelerakan dituang di atasnya.Air liurku bagai menitis.
"Kebudak budakkan betul."Aku menoleh ada suara yang mengutuk aku sedap mulut tu.Park Boyoung.
"Yah,sekurang kurangnya dia tak diva macam kamu tu!"Jihyo acukan garpu kepadanya.
Auchh.Terharu aku.Jihyo masuk pihak aku.
"Sudah.Jangan bergaduh depan makanan."Seperti biasa,Sukjin hyung yang lerai kan pergaduhan.Macam selayaknya seorang ayah.
Boyoung dan Jihyo muncung.
Kilat sabung menyabung di luar.Tiba tiba lampu terpadam.
Shrussssh
Macam bunyi langsir terbuka.
Aku memeluk orang di sebelah aku.Rasanya Gary hyung.
Tidak sampai beberapa saat.Lampu terpasang semula.
Aku terpaku melihat kejadian di hadapan aku sebelum Jihyo menjerit ketakutan.
************************************************


DAN MASA PUN TERHENTI (Completed)Where stories live. Discover now