BAB 20

1.4K 147 7
                                    

Sukjin's P.O.V

"Faham!"Jerit kami semua.Aku cuba jadikan saat ini sesuatu yang bermakna dalam hidup aku.Saat ini adalah penentu antara hidup dan mati.Dan mati pun aku tak kisah selagi aku ada bersama mereka.Memori indah kami sejak pagi di mana Jaesuk menelefon aku,

"Hyung,jom buka agensi penyiasatan!"Suaranya yang teruja itu buatkan aku tersenyum pada waktu itu.Lantas aku menjawab, "Ya,ya,ya." Sejak hari itu,dia merekrut lebih ramai ahli dengan kelebihan masing masing dengan personaliti berlainan.Sejak itu,aku mulai mengenal erti persahabatan,pengorbanan dan kerjasama.

Jaesuk dengan perangainya yang terlebih tegas,Jongkook dengan perangainya yang suka selesaikan masalah dengan kekuatan,Gary dengan masalahnya yang suka berahsia,Haha dengan masalahnya yang keanak anakan dan ahli perempuan kami yang satu itu,susah benar mahu memujuk degilnya.Yang terakhir,Kwangsoo itu sukar sungguh mahu berdikari sendiri.Berada di kalangan mereka,terasa seperti seorang abang yang mengawasi adik adik sendiri.

Menjadi yang tertua dalam kumpulan bukannya mudah disebabkan keadaan fizikal aku yang lemah namun senyuman mereka sentiasa menyambut aku tika aku jatuh.Oleh itu,aku tak kisah kalau perlu mati dengan mereka,aku sanggup.

Lamunan aku terhenti saat itu,di kala pistol di dinding itu mulai diisi dengan peluru untuk menembak kami.Aku menutup mata dan kedengaran suara Jaesuk menjerit,

"Haha,sekarang!!!"

Pistol yang sudah siap sedia mahu menembak kami terhenti. 'klik.'Bunyinya.Lampu terpadam,segala bekalan eletrik terputus.Haha ketawa kecil bila plannya untuk mensabotaj tenaga eletrik rumah itu berjaya dengan bantuan gadgetnya yang telah lama dicipta. "Good job."Bisik Gary sebelum kami bergerak dalam kegelapan menuju ke luar sebelum eletrik dapat dibuka semula.

"Ppali,sebelum eletrik terpasang semula."Jaesuk berada di depan meskipun kami tidak nampak,kami tahu itu dia.

Kami sampai di dewan makan di mana terdapat sedikit cahaya bulan dari tingkap yang besar itu."Enam saat sebelum eletrik terpasang semula,sediakan semuanya untuk plan kedua."Ujar Haha.

Haha mula mengira,

"6" Kwangsoo mengambil topeng topeng mukanya dan memberikan pada kami.

"5"Jihyo menghembus nafas laju,menelan liurnya.

"4" Jongkook sudah menggerakkan tengkuk ke kiri ke kanan lagak seorang peninju mahu berlawan.

"3" Jaesuk kelihatan seperti mencongak dan merangka jalan yang bakal kami lalui.

"2"Gary mengeluarkan benda bulat dari poketnya.

"1"Aku mengeluarkan jam yang telah lama aku simpan dalam poket aku.Hari ini,aku bakal gunakannya semula.Huh,mari mulakan permainan.


DAN MASA PUN TERHENTI (Completed)Where stories live. Discover now