BAB 11

1.5K 143 18
                                    

Nobody's P.O.V
Kumpulan Running mengikut Joongki dari belakang menuju ke bilik yang katanya kumpulan Blueshot sedang berada.Dari kejauhan,kedengaran suara gadis menangis.
Di depan mereka kala ini,kelihatan kumpulan Blueshot yang sedang termanggu,terdiam,tidak mampu beri reaksi pada kehadiran ahli kumpulan Running di pintu bilik itu.
Kelihatan Boyoung yang sedang menangis.Matanya bengkak.
Di penjuru bilik itu,terlihat dua mayat berkulit pucat lesi.Bagaikan sedang tidur yang lena.
"Macam mana boleh jadi macam ni.."Jaesuk serba salah melihat wajah sugul mereka ditambahkan lagi kegelisahan melihat dua lagi pembunuhan di dalam rumah ini.
"Tiba tiba mereka rebah dan jantung terus berhenti waktu kami dapatkan mereka."Jawab Insung.
Jaesuk dan ahli ahlinya mendekati mayat tersebut.
"Izinkan kami periksa mayat ni."Ujar Jaesuk.
Insung mengangguk lemah.
Pertama sekali,mayat Minhyuk dibaringkan.Tiada lebam lebam atau apa pun.Setelah puas diperiksa,memang tiada kesan yang boleh membunuh pada badan lelaki itu.
"Eh,apa ni."Jihyo menunjukkan belakang tengkuk mayat itu.Terdapat titik kecil warna hitam.Jaesuk meletakkan jari pada kesan itu.Seperti sesuatu yang keras di dalam tengkuknya.
"Ini..peluru dari sumpit.."Gary mencelah.Dia pakar senjata memang yakin tentang itu.
"Mungkin ke ada racun pada sumpit ni?"Telah Kwangsoo.
"Mungkin juga."Jaesuk menangguk.
"Kita periksa sumpit ni."Kata Jongkook.
Jaesuk menoleh memandang Insung,seakan meminta izin mengeluarkan sumpit itu dari tengkuk Minhyuk.
"Buatlah,apa yang boleh membantu."Ujarnya ringkas.Ahli Blueshot yang berbaki sekadar merenung Jaesuk.
Gary memberikan pisau lipat di dalam jaketnya lantas menghulurkan pisau itu pada Kwangsoo.
Tangan Kwangsoo menggigil sedikit.Sudah lama dia tidak memotong kulit mayat walaupun sebelum ini,dia memang belajar perubatan.
Jihyo,Haha dan Sukjin buat buat melihat ke arah lain.Ngeri bila pisau lipat di tangan Kwangsoo mula menghiris belakang tengkuk Minhyuk untuk keluarkan sumpit tersebut.
Terlihat hanya sedikit darah apabila sumpit dikeluarkan.
Peluru sumpit dihulurkan pada Gary buat dianalisis.Ianya sumpit yang telah diperbaharui.Diperbuat dari besi.Di dalamnya ada lompong yang disediakan untuk mengisi racun.
Satu lagi mayat diperiksa dan sebab kematian mereka memang sama iaitu dari racun dalam sumpit tersebut.
Saat mereka mengangkat mayat Minhyuk,terlihat kertas berwarna merah di bawah mayat tersebut.
Tertulis, "ini hadiah kerana biarkan kumpulan Running periksa mayat itu dahulu sebelum kamu.Kalau kamu periksa mayat itu dahulu tadi,dua orang kumpulan Running yang akan mati. :) SELAMAT BERMAIN."

DAN MASA PUN TERHENTI (Completed)Where stories live. Discover now