BAB 19

1.5K 136 32
                                    

Nobody's P.O.V again.

Gary memotong bahagian belakang kanvas itu dan terdapat sesuatu di dalamnya.Sebuah buku nipis!"Betullah,Sukjin hyung."Ujar Kwangsoo.Sukjin mengangguk angguk.

Buku tersebut dibuka dan isi kandungannya dibaca bersama sama.Terdapat sebuah puisi bertulisan tangan gaya lama di dalam buku itu.

Pada yang sedang membaca,

mungkin aku telah terbang jauh,

tetapi ketahuilah,

jam itu belum berhenti berdetik,

sehinggalah dia mati.

Puisi itu berakhir. "Apa maksudnya?"Kwangsoo tertanya tanya.Di helaian satu lagi,tertulis satu nombor iaitu 736.

"Apa maksud nombor ni sebenarnya?"Jongkook menggaru kepala buntu.Mereka semua terdiam.

"NAMPAKNYA ANDA DAH JUMPA KLU YANG TERAKHIR!DALAM MASA  15 MINIT,KALAU AWAK SEMUA BELUM JUMPA DALANG PERMAINAN NI,ANDA SEMUA AKAN TERBUNUH!!!!!"Mereka terkedu sebaik mendengar arahan dari dalang tersebut.

"Baiklah,terus terang!Siapa antara kita..Buat benda ni?"Jaesuk  memecah sunyi suasana. "Takkanlah kami  yang buat,Jaesuk hyung!Kami semua ada di sini..Siapa yang bercakap tadi pastinya tak ada di sini."Nafi Kwangsoo.

"Mungkin ahli Blueshot."Tambah Jongkook.

"Tak..Bukan.Dalang memang ada dia antara kita tetapi dia bukan kita atau ahli Blueshot.."Jaesuk menunduk.Semua sekadar merenung ketua mereka.Mereka tahu,ada sesuatu telah melintasi benaknya kala  ini.

"Ilgop,set,yeoseot."Jihyo membaca 736 dalam versi korea native."Macam takde apa apa tentang nombor nombor ni."Telah Kwangsoo.

"Il, I,sam,sa,o,yuk,chil,pal,gu,ship."Jaesuk mula mengira dengan jari jarinya dengan sino-korean dari satu hingga sepuluh.Kemuadian,dia mengangkat wajah lantas tersenyum.

"Hyung!Hyung dah tahu ke??"Haha menggoncang bahu ketuanya.

"Saya dah tahulah!Saya dah tahu!!!!"Jaesuk berdiri lalu menjerit sekuat hatinya.Di matanya terlihat sinar harapan.Dia pasti telah tahu siapa dalangnya.Mereka turut sama bangun.

"Keluarlah,Yoo Soochil,Min Samchi dan Han Daehyuk!!"

Semua tersentak bila mendengar tekaan ketua mereka.Betullah!!7.36 ialah nama mereka bertiga!Pembantu rumah yang hilang entah ke mana!Bagaimana mereka tidak perasan tentang hal ini??

Yoo Sochil mewakili nombor tujuh,iaitu chil.Min Samchi mewakili nombor 3,iaitu Sam dan yang mewakili nombor enam iaitu yuk ialah Han Daehyuk.Rupa rupanya merekalah dalang kepada permainan ini..Mereka ada di antara mereka tetapi bukan mereka..

Patutlah mereka hilangkan diri sejak makan malam dan hilang setelah mereka semua jatuh pengsan.

"Tahniah~Ahli Running!!!Anda berjaya selesaikan teka teki kami!Hahahahahahahahahhahah!"Suara itu ketawa semakin kuat dari sebelum ini.

"Kalau macam tu lepaskan kami!"Jongkook menjerit.

"Ingat macam tu saja boleh lari dari rumah agam Senja Merah???HAHAHAHAHHHAHHAHA!!"Kedengaran laras pistol dibunyikan  dan kelihatan dinding di sekeliling mereka mula membuka lubang untuk ruang senjata menyerang mereka.Gary mengetap gigi dan mereka duduk membelakangi satu sama lain.

"Selagi kita bersama,tiada siapa dapat serang kita,faham?"Jaesuk memberi semangat.

'Faham!!"



DAN MASA PUN TERHENTI (Completed)Where stories live. Discover now