BAB 7

1.7K 154 22
                                    

Gary's P.O.V

Aku tersentak bila lampu terpadam.Sesorang memeluk aku di sebelah.Lagi lah aku rasa macam nak nangis.Entah entah hantu mana peluk aku ni.
Shrusssssssshhh
Lampu terbuka semula.
"Aaaaaaaaaaaaaaaa!!!!"Jihyo menjerit ketakutan.Aku terkedu.Mata aku rasa macam nak terkeluar dari soket.
Aku terdengar bunyi sesuatu terjatuh.Kwangsoo terjatuh dari kerusi makannya.
Tiga orang pembantu tadi datang.Wajah mereka berubah pucat.
Di depan aku sekarang,di belakang langsir tingkap yang besar itu,tergantung mayat yang hancur.Wajahnya tiada rupa manusia lagi kerana dipukul mungkin.Tiada kesan hangus bermaksud dia mati bukan kerana bahan letupan.Bermaksud....Dia dipukul sehingga hancur?Tulang tulang terkeluar dari dagingnya.Matanya tepat merenung kami.
Boyoung menangis dalam pelukan Yonghwa.Aku menghampiri Jihyo.Dia ketakutan.Aku tak pernah lihat dia setakut itu.
"Jangan takut.Oppa ada."Aku peluk dia.Aku rasa dia mengigil.
"Semua,jangan panik.Kita telefon polis dulu."Insung hyung menenangkan suasana riuh rendah itu.
"Mana ada liputan dekat sini."Haha mengingatkan.
"Saya cuba telefon di luar."Insung hyung menuju pintu.
"Biar saya ikut awak."Jaesuk hyung mengejarnya dari belakang.
Klok.Klok.
Insung menarik narik pintu namun tidak mampu dibuka.
"Yah~Pintu ni tolaklah."Ujar Jaesuk hyung.
Dia menolak pintu itu.Tidak terbuka juga.
"Sochil,kamu dah kunci pintu ni ke?"Insung hyung bertanya.
"Tak.Pintu tu belum dikunci lagi."Jawabnya ditemani anggukan dua orang lagi pembantu rumah itu.
Mereka menolak lagi pintu itu,mungkin tersekat.Hampa.
"Kita dah dikunci."Jaesuk hyung dan Insung hyung berpandangan.Tidak percaya.
Kami semua merenung ketua kumpulan masing masing.
"Tenang semua."Jaesuk melihat ke wajah kami semua.Bagaikan tahu yang kami akan jadi panik sekarang.
Aku menoleh ke arah mayat tadi.Matanya bagai merenung aku kembali.Aku telan liur.
"Biar saya tolong."Jongkook hyung menuju pintu itu.Mungkin lelaki berotot ni boleh tolong.Namun tetap berikan keputusan sama.
"Oppa..."Jihyo berbisik.Dia menunjukkan sesuatu dengan telunjuknya.Aku toleh ke arah itu.
Mata aku terbeliak.Itu kamera cctv.Biar betul..
Semua ni dah dirancang.
"Semua tutup mulut dan hidung!!!!"Kwangsoo menjerit.Belum sempat aku bertanya kenapa,aku mendekatkan tanganku ke hidung dan mulut sendiri.
Jihyo menggenggam lenganku sebelum segalanya gelap sepenuhnya.

DAN MASA PUN TERHENTI (Completed)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu