BAB 22

1.6K 141 4
                                    

Sukjin's P.O.V again.

Jongkook bangkit dan menendang perut Sochil membuatkan dia terjatuh.Kepala Daehyuk disikunya kuat membuatkan mata lelaki itu berpinar pinar dan dia menendang kaki Samchi lantas dia jatuh tersembam.Sementara mereka bangkit,Jongkook mengutip pisau pisau yang mereka bawa tadi.

"Sekarang,Gary hyung,sekarang."Kwangsoo berbisik.Gary tersenyum sinis.

"Yah!!!"Gary bangun dan membaling benda bulat di tangannya ke arah mereka.

Shrushhhhhh!

Benda bulat itu melebarkan isi kandungan di dalamnya menghasilkan seperti tebaran jala di atas mereka.Memerangkap mereka dalam jaring tersebut.

"Tak guna!!!!!!"Sochil menjerit.

"Bodoh."Jihyo bangkit lantas tergelak kecil. Mata mereka terbeliak,Jihyo bukan mati???Cuma berlakon?

Itulah yang aku katakan tadi,Jihyo punya kelebihan sendiri,bakat lakonan dan penyamarannya wajar dipuji pelakon antarabangsa.Jihyo mengibaskan rambutnya lantas menjelir lidah pada mereka.

"Jadi..Sekarang..kita tengok siapa yang kalah?"Jaesuk tersengih puas dapat menumbangkan mereka.

"Hahahahaha!!Kamu ingat kamu semua pandai sangat ke?"Sochil ketawa psiko. "Walau macam mana pun korang hancurkan kami.."Samchi menambah."Korang takkan dapat keluar dari rumah ni ni.." Daehyuk tersenyum lebar."Kita akan mati sama sama!!"Ujar mereka serentak.Di mata mereka sungguh terlihat ketidakwarasan mereka.

Jaesuk mendesis. "Hyung,apa kata hyung selesaikan mereka ni?"Jaesuk menepuk bahu aku dan aku tersenyum kelat. Mereka semua memandang aku,memberi harapan agar aku tak kecewakan mereka.

Langkah aku ambil dan aku menunduk di depan Sochil,Samchi dan Daehyuk.Jam di poket aku keluarkan.Lantas dihayun kiri ke kanan.Kanan ke kiri.Kiri ke kanan semula.

"Sekarang...cuba awak tengok jam ni."Pinta aku lembut. "Takkan!"Jerit Sochil.Namun dua orang lagi rakannya telah terikut ikut memerhatikan jam itu.

"Tengok betul betul..Apa awak nampak?"Tanya aku lagi.

"Taaaaaakkkde..."Sochil juga mula masuk ke dalam dunia yang aku hasilkan ini.Nampaknya,teknik hipnosis aku ini masih boleh digunakan.

"Mana kunci rumah ni?"Aku lajukan hayunan jam itu.Mata mereka juga ikut bergerak.

"TU.."Mereka menunjukkan pasu besar di ruang hadapan rumah tersebut yang terisi bunga bermacam warna dan jenis.

"Dalam tu?"Tanya aku minta kepastian.Mereka mengangguk serentak.Aku tersenyum lantas menyimpan jam tersebut dalam poket semula dan berpusing menghadap mereka.Senyum manis dihadiahkan buat aku.Mata aku berkaca kerana bangga dengan apa kami capai setakat ini.Ya,mungkin saat ini waktu pun terhenti..



DAN MASA PUN TERHENTI (Completed)Where stories live. Discover now