BAB 9

1.7K 157 2
                                    

Jaesuk's P.O.V

Aku pandang wajah seorang seorang ahli kumpulan aku.Terbit rasa bersalah bila aku pun tak tahu mahu buat apa.Ini semua salah aku sebab terima kes yang aku pun tak tahu hujung pangkalnya ni.Patutnya aku periksa betul betul segalanya sebelum datang ke sini.
Aku sedar tak ada gunanya aku menyesal sekarang.Aku perlu selesaikan ini segera sebelum terjadi apa apa yang lebih buruk.Kalau boleh aku tak mahu main permainan yang entah siapa anjurkan ni.Aku perlu cari jalan keluar dan telefon polis lepas tu barulah aku selesaikan kes ni sendiri.Yang aku pasti,semua tingkap dah dikunci.Pintu apatah lagi.
Jongkook cuba pecahkan tingkap dalam bilik kami terkurung tadi tetapi hambar.Rasanya tingkap tu sangat tebal.Talian telefon pun tidak ada.
Jadi,rasanya tiada jalan lagi untuk keluar kecuali cari siapa pembunuh tu.Oleh itu,aku dan ahli ahli lain pergi ke tempat kejadian iaitu di dewan makan.Dari tadi kami tak nampak ahli Blueshot.Apa yang mereka buat,aku malas mahu ambil tahu.
"Hyung,tengok ada tulisan darah di tingkap ni."Jongkook menunjukkan tulisan di tingkap mayat itu tergantung.
7.36.
Apa maksud nombor ni?Aku pasti ianya menunjukkan jam  mayat itu dibunuh.Jam di setiap bilik berhenti tepat pukul 7.36.
Tapi,kenapa 7.36??
"Kita turunkan mayat ni."Ujar Jongkook nekad.Aku pun rasa begitu.Kalau kumpulan Blueshot sampai,kami tak boleh nak periksa menyeluruh mayat ni nanti.Tapi... Mayat ni dah hancur.Bahkan aku yang dari di bangku sekolah hari hari melihat mayat pun rasa gerun melihat jasad yang tergantung di tingkap besar itu.
Aku tolong Jongkook dan Haha menurunkan mayat tersebut yang tergantung kedua dua tangannya dengan tali.
Baunya busuk bagaikan daging yang telah berulat yang aku lupa simpan dalam peti ais sebelum pergi bercuti.Wajah ahli ahli aku berkerut menahan bau busuk yang menyucuk ke dalam hidung masing masing.
Aku membuka baju mangsa tersebut dan terlihat kesan pukulan yang kuat hingga menghancurkan tulang temulangnya.Namun,itu bukanlah punca kematiannya sebenarnya.Pembunuh mahu buat dia kelihatan seperti dipukul sehingga mati tetapi sebenarnya dia mati kerana diberi racun.Kwangsoo pasti itu sebabnya kerana mulutnya pucat dan buih berwarna putih tersekat di rengkungnya.Keadaan mayat benar benar menyedihkan.Entah apa yang dia lakukan ketika hidupnya sehingga pembunuh membunuhnya dengan dasyat begini.Aku tak mahu tahu.Yang pasti dia perlukan keadilan.Dan kami perlu keluar dari sini.

DAN MASA PUN TERHENTI (Completed)Where stories live. Discover now