BAB 10

1.6K 141 5
                                    

Still Jaesuk's P.O.V

Setelah selesai memeriksa segala bukti pada mangsa,kami sekadar duduk di ruang tamu.Televisyen gagal dipasang biarpun Seokjin hyung yakin televisyen tersebut terpasang sewaktu mereka masuk tadi.Bermaksud,dalang permainan ini memang mahu putuskan talian kami dengan dunia luar.
Tangan kami busuk dan kotor akibat memeriksa mayat tadi namun kami tidak boleh membersihkannya kerana bekalan air dipotong.Nampaknya dalang permainan ini bukan main main dengan kami.
Bahkan cctv dipasang di setiap penjuru rumah ini.Dia memang mahu uji kami.
"Yah~Korang boleh berehat je kat sini?"Suara di belakang aku menyergah.Kami menoleh.Joongki rupanya.
"Yah~Mana korang pergi tadi?"Kwangsoo bangun dari duduknya.
Joongki diam.Dia nampak resah.
"Entah entah,kamu semua dalang sebenar dekat sini."Haha serkap jarang.Wajah Joongki berubah.
"Betul.Mana ahli kamu yang lain?"Tanya Jihyo setelah mencari kelibat enam orang lagi ahli kumpulan mereka.
"Buat apa saya jawab,ahjumma?"Bidas Joongki sinis.
"Yah~Saya je boleh panggil dia ahjumma!"Marah Kwangsoo.Jihyo renung wajahnya tanpa berkata apa.Kwangsoo buat tidak endah.
"Yah~Janganlah macam ni,kita kena berkerjasama untuk cari dalang permainan ni kalau kita nak hidup."Sukjin hyung meleraikan suasana.
"Tak dengar ke tadi,dalang tu cakap, jika satu kumpulan daripada dua kumpulan yang ada di dalam rumah ini dapat tahu siapa pembunuhnya,kumpulan itu akan dapat keluar dari sini sementara kumpulan satu lagi akan dijatuhkan hukuman."Ulang Joongki.
"Habis,korang memang nak main permainan bodoh ni ke?"Gary terasa panas hati bila tahu yang mereka memang mahu kalahkan mereka walau dalam situasi runcing begini.
"Yelah."Jawab Joongki.
"Yah~Sedarlah sikit.Dalang ni cuma nak bagi kita bergaduh.Dia takkan buat apa apalah kalau salah seorang dari kita tahu pembunuhnya pun.Itu cuma ugutan palsu."Terang Jongkook.
"Betul tu Joongki,marilah cari dalangnya bersama sama."Kata aku setelah diam seribu bahasa.
"Mereka tak main main."Ujar Joongki dengan mata berkaca.
Kami terdiam.Jeda beberapa saat.
Dia membuka mulut."Minhyuk dan Jonghyun dah mati."

DAN MASA PUN TERHENTI (Completed)Where stories live. Discover now