BAB 18

1.4K 134 13
                                    

Nobody's P.O.V

Kang Gary menarik nafas dalam dalam lalu menghembusnya tenang. "Awak boleh buat,hyung!"Haha memberi semangat.Jaesuk tersenyum padanya.Semua mengharapkan dia lakukan yang terbaik atau mereka akan mati bersama nanti.

"Selamat berjaya,Oppa."Ucap Jihyo membuatkan pipi Gary memerah namun masih mengekalkan wajah tenangnya.

"Baiklah,saya mulakan.."Gary tunduk dan meneliti wayar wayar tersebut.Lebih mudah dia melakukan kerja setelah Jongkook mengalihkan almari sudut yang diletakkan di atas wayar wayar tersebut.

"Baiklah..Merah dulu.."Tangan Gary agak menggigil bila dia mahu memotong wayar merah yang berada di hujung sekali.Gementar yang tiada siapa dapat fahami kala ini. "Tenang,Gary,tenang."Sukjin memberikan kata semangat.Dia mengangguk sedikit lantas memotong wayar tersebut.

'Pap.' Bunyinya menandakan satu komponen bom tersebut telah tidak aktif.

"Okay,kedua pula...Wayar hitam."Gary mencari cari wayar berwarna hitam yang tersambung pada bom itu.Pemotongan lantas dijalankan.

'Pap.'Bunyinya lagi.Semua melihat jam detik pada bom itu,tinggal 20 saat lagi. "Ppali,hyung!"Desak Kwangsoo. "Arasso,arasso."Jawab Gary.

'Lepas hitam...Hijau atau biru?'Terlihat riak takut pada wajahnya bila tiba tiba dia terlupa aturan wayar yang perlu dipotong.Dia pun belajar tentang proses ini bertahun tahun dulu.Mana mungkin dia ingat 100%.Kepala digaru kasar,kalau kalau otaknya dapat mengingat kembali.

"Yah~Gary!Wae?"Jongkook bertanya cemas. "Mianhe..Saya terlupa aturannya."Gary buntu.Biru atau hijau dulu.

"Apa?Biar betul Gary!"Jaesuk juga cemas.Direnung lama wajah Gary lantas tangan Sukjin di sebelah digenggam.Sukjin menggenggam tangan Kwangsoo dan Kwangsoo menggenggam tangan Jongkook dan begitulah akhirnya hingga mereka saling berpegangan tangan menghasilkan formasi bulatan. "Kalau takdir kita..Mati sama sama.Kita mati sama sama."Ujar Jaesuk.Mata yang lain berkaca.Persahabatan yang terjalin antara mereka yang 5 tahun lamanya telah mengisi ruang kosong dalam hati masing masing.

"Gary..Ikut kata hati kamu."Sukjin tersenyum kepada Gary.Air mata Gary mengalir sebelum dia menghela nafas berat dan memotong wayar hijau.Mereka semua menutup mata,menunggu sahaja jika ajal mereka sampai di sini .Genggaman tangan mereka makin erat.

'Pap'Kiraan detik berhenti menandakan bom itu telah ternyahaktifkan. Mereka berseorak keriangan.Berpelukkan dan mengucap terima kasih dan tahniah kepada Gary.Hilang sebentar masalah mereka walau tiada siapa tahu apa yang bakal terjadi lagi nanti.

"TAHNIAH,KUMPULAN RUNNING!"Suara itu datang lagi.Mereka terdiam.

"SEKARANG TIBALAH SAAT YANG DITUNGGU TUNGGU,CARI SIAPA DALANG DI ANTARA KAMU SEMUA DAN KAMU BOLEH KELUAR DARI SINI!!"Arah suara itu.

Mereka saling berpandangan. "Lukisan tu.Saya pasti ada kena mengena dengan lukisan tu!"Sukjin terlihat lukisan tersebut di dinding hujung kaki lima itu.Elok tergantung.

Gambar seekor unta yang diikat pada pokok.Paginya,ia diikat dan tak dibebaskan.Bila malam tiba,tali telah dileraikan,namun unta tersebut tidak berganjak dari situ.Sukjin faham tentang mesej yang ingin disampaikan lukisan itu.Ia bermaksud,seseorang yang pernah disakiti tidak akan pernah melupainya walaupun telah berhenti disakiti.

Jongkook menurunkan lukisan itu. "Apa yang tak kena dengan gambar ni,hyung?"Tanya Jaesuk pada Sukjin.  "Saya dapat rasakan sesuatu tentangnya.."Sukjin merasai kanvas itu dengan jari jemarinya,

"Ada sesuatu dalam bingkai gambar ni!"


DAN MASA PUN TERHENTI (Completed)Where stories live. Discover now