BAB 4

2.2K 159 2
                                    

Nobody's P.O.V
Ahjumma di depan rumah agam itu sekadar melihat pertelingkahan dua kumpulan itu tanpa minat.
"Mulut tu jaga sikit,ya!"Jihyo geram bila Boyoung mengatakan ahli kumpulan mereka telah lanjut usia.
"Jinjja~~"Boyoung tidak mahu kalah.
"Maafkan saya,saudara saudari sekalian,sila masuk ke dalam."Seorang lelaki datang dan berdiri di tengah tengah dua kumpulan itu.
Semua mereka berdiri tegak.Kembali menjaga tatasusila mereka.
"Chwesonghamnida."Jaesuk cepat cepat tunduk meminta maaf diikuti Insung.
"Tak mengapa.Mari masuk."Lelaki itu masuk ke dalam rumah agam itu diikuti yang lainnya di belakang.
Sesampainya semua di dalam rumah itu,ahjumma tadi menutup pintu yang besar berwarna coklat itu.
"Selamat datang ke Villa Agam Senja Merah.Mari saya tunjukkan bilik saudara dan saudari sekalian."Lelaki itu berjalan di depan sementara dua kumpulan penyiasat di belakangnya akur mengikut.
"Hyung,besar betul rumah ni."Kwangsoo mencuit bahu Gary di sebelahnya.Gary mengangguk.Mata mereka disajikan pemandangan dinding yang penuh dengan seni kerawang yang halus seni binanya.Serta perabot mewah yang bagai memanggil manggil untuk dibelai.Sukjin tersenyum melihat lukisan unta di dinding sebelahnya.Dia pasti datang lagi ke sini untuk analisa gambar ini.
Sesampainya ke sebuah bilik bertanda nama 'Running',lelaki tadi berhenti.
"Silakan masuk."Ujar lelaki itu hormat.
"Kamsahamnida~"Jihyo senyum sebelum masuk ke dalam.
"Waaaahhh~~"Kwangsoo teruja melihat bilik itu.Ada pendiang api di tengah tengahnya sementara ada dua bilik di kiri dan kanan.Pasti satu bilik untuk ahli lelaki dan satu bilik lagi untuk Jihyo.
Bilik untuk kumpulan 'Blueshot' pula bertentangan dengan bilik mereka.
"Saudara saudari sekalian diminta berkumpul di dewan makan pada pukul 7 malam nanti untuk sesi makan malam."Umum lelaki tadi.
"Baik."Ujar Jaesuk dan Insung serentak sebelum masing masing masuk ke dalam bilik.
"Jaesuk hyung,tolong tanyakan kat sini ada wi-fi tak?"Arah Haha sambil menyentuh nyentuh skrin telefonnya.
"Haisshhh,pergilah tanya sendiri."Jaesuk menjatuhkan badan di katil hujung sekali di bilik sebelah kanan.Bilik untuk ahli lelaki.
"Ni bukannya kerja tapi holiday~~"Gary berbaring di katil girang.
"Betul,hyung~~"Tambah Kwangsoo.
"Yaissshhh,sesiapa,tolonglah tanyakan wi-fi!"Haha menghentak kaki macam budak kecil.
"Budak ni.Pergilah tanya sendiri."Kepala Haha diluku geram Jongkook.
"Hyung~"Haha mencebik.
"Tak apalah,biar saya pergi."Seokjin mencapai jaketnya di katil untuk dipakai sebelum berlalu pergi.
"Gumawo,hyung~~~"Haha tersenyum manis.
***************************

DAN MASA PUN TERHENTI (Completed)Where stories live. Discover now