BAB 13

1.6K 141 21
                                    

Kwangsoo's P.O.V

Aku duduk di sebelah pintu bilik Kumpulan Running,menanti abang abang aku tambah seorang makcik aku tu buat keputusan nak cari ke tak kertas hitam tu.Aku pun malas nak campur perbincangan tu sebab aku pun bukannya pandai sangat.Takut takut,sebab aku,diorang tersalah pilih.
"Yah,Kwangsoo~~Kamu buat apa kat situ?"Jihyo nuna memanggil aku untuk masuk dalam formasi bulatan itu.
"Gwenchana."Balas aku.
"Kita cari kertas tu tapi,kalau ada perkara yang aneh pasal benda tu,kita tak payah ambil.Arasso?"Arah Jongkook hyung.
"Jangan nak buat keputusan sendiri,faham?"Tambah Jaesuk hyung.
"Arasso."Jawab Haha hyung,Gary hyung ,Sukjin hyung dan Jihyo nuna serentak.
Selang beberapa saat aku pulak menjawab, "Arasso~~"Mereka memandang aku janggal sebab menjawab lambat.Aku buat muka selamba sahaja dan bangun.
Kami bersama sama berjalan ke dalam bilik bilik dalam rumah itu untuk mencari kertas hitam yang dikatakan tu.
"Jangan berpecah."Ulang Jaesuk hyung untuk kesekian kalinya.
Sedang kami berjalan,kelihatan Sukjin hyung berhenti dan melihat dinding sebelahnya.Dia renung lama lama dinding kosong tersebut.
"Hyung,wae?"Aku menepuk bahunya.
"Tak.Saya ingat ada lukisan digantung di sini.Lepas tu dah hilang."Jawabnya.Masih merenung dinding.
"Kenapa dengan lukisan tu?"Tanya aku lagi.
"Takde apalah.Jom."Dia berlalu pergi mengejar kumpulan kami yang sudah maju beberapa langkah di depan.
Aku terdengar bunyi tapak kaki di belakang aku.Bulu roma mula meremang bila aku rasa diperhatikan sepasang mata di belakang.
Hantu?Itu aku takut.Tapi ada lagi yang aku takut dalam situasi ni iaitu dalang yang sedang cari mangsanya yang keempat.
Kaki aku dilajukan mengejar kumpulan aku di depan.Kepala aku toleh,terlihat tiada siapa di belakang.Sunyi.Namun,aku tahu dia sedang bersiap sedia menyerang aku.
"Kwangsoo,ppali~"Jihyo nuna menunggu aku di depan sebuah bilik sebelum dia masuk ke dalam.
Sesampai aku di depannya,aku berbisik, "Nuna,ada orang ekori kita."
"Jinjja?"Mata Jihyo nuna bergerak gerak mencari gerangan 'dia' itu.
"Mungkin dia dah pergi."Bisik aku sebelum menolak Jihyo nuna ke dalam dan mengunci pintu itu.
"Wae,Jihyo,Kwangsoo??" Jaesuk hyung memandang kami berdua.
"Ada orang..ekori kita."Bisik aku sekali lagi.
"Jinjja?"Haha hyung menunjukkan riak takut.
"Mungkin khayalan kamu je kot."Sukjin hyung selaku doktor psikiatri menenangkan aku.
Aku pun tak pasti.Tapi aku rasa dia sedang menunggu kami tersilap langkah sebelum dia datang untuk menyerang.
Tiba tiba,tanpa disangka,terasa sesuatu yang tajam dikenakan di leher aku.Aku terkaku,tak mampu bergerak dan tak berani bergerak.
"Carikan kami kertas hitam tu,kalau korang nak Kwangsoo hidup."Seseorang berbisik di telinga aku.
Haish..Mati,mati,mati.

DAN MASA PUN TERHENTI (Completed)Where stories live. Discover now