BAB 17

1.5K 138 10
                                    

Jongkook's P.O.V

"Hyung,saya penat."Kwangsoo termengah mengah kepenatan setelah berhempas pulas berlari mencari kertas hitam itu di seluruh rumah ini kerana kami kesuntukan masa.Tinggal sepuluh minit sebelum masa mencari berakhir.Aku terlihat lehernya yang terluka berdarah.Kelihatan sakit,bahkan bajunya maasih kelihatan tompokan merah yang mula berubah menjadi warna coklat.

"Gwenchana?"Aku mengurut belakangnya.Dia menangguk.Aku mengeluarkan saputangan berwarna biru dari poket aku dan membalut lehernya,takut terkena jangkitan.Dia hanya membiarkan aku mengikat kain itu di lehernya sebelum kedangaran Jihyo bersorak,

"KookSoo moment!!"Jihyo tersengih hingga ke telinga.Omo,budak ni!Otak kotor ya amat.Dalam keadaan ni pun nak berlawak benda bukan bukan.Aku dan Kwangsoo buat muka tak endah sebelum sambung mencari kertas hitam tersebut.

 "Saya dah jumpa!"Kedengaran suara dari hujung kaki lima milik Haha.Baguslah.Aku menghela nafas lega sebelum berlari mendapatkan dia.

"Tengok~Ni lah dia!"Ujar Haha bersemangat bercampur teruja.Jarinya ditunjukkan pada kertas hitam di atas lantai.Kami ikut tersenyum.Haha menunduk untuk mengambil kertas hitam yang diselitkan di bawah almari sudut itu.

"Haha!"Gary tiba tiba menjerit. Haha berdiri semula dari posisi menunduk. "Wae?"Tanyanya keliru.Begitu juga dengan kami.

"Itu kertas yang bersambung dengan bom.Sedikit sahaja wayarnya bergerak,kita akan mati."Wajah Gary pucat.Aku tersentak,biar betul.Haha cepat cepat menjauhi kertas itu,jelas kelihatan ketakutan pada wajahnya.

"Jinjja,Gary oppa?"Jihyo bertanya. "Jinjja."Jawab Gary yakin. Aku mengambil posisi merangkak di atas lantai lalu melihat ke bawah almari tersebut.Benarlah,ada wayar wayar berselirat yang bersambungan dengan kertas hitam itu.Sedikit sahaja pergerakan pada kertas tersebut,semuanya hancur musnah.Hilang.

"Mujur kamu perasan,Gary.."Jaesuk mengurut dada."Betul."Tambah Sukjin hyung.

"Lebih baik kita pergi dari sini sekarang."Cadang Haha yang masih belum hilang riak takut di wajahnya. "Kalau macam tu,misi ni?Kalau kita tak ambil kertas hitam ni,seorang dari kita akan terbunuh."Kwangsoo mengingatkan.Itu buat kami tersedar,apa sebenarnya yang kami perlu buat?

"ANDA ADA TIGA MINIT LAGI!"Suara itu memenuhi ruang kaki lima itu. "PASTIKAN KAMU SEMPURNAKAN MISI INI KALAU TAK MAHU KEHILANGAN SEORANG DARI KAMU!!!"Dalang ketawa dengan keterujaan melampau.Gigi aku ketap.

"Biar saya nyahaktifkan bom ni."Gary bersuara setelah jeda beberapa saat.Aku tersentak begitu juga yang lainnya.Pastikan kamu buat pilihan yang betul,Gary..Seorang atau semua orang.

DAN MASA PUN TERHENTI (Completed)Where stories live. Discover now