Chapter one

67.3K 861 7
                                    

Pancaran matahari mensilaukan mata Ellena yang terkatup rapat. Dia tersenyum melihat Eim berdiri dihadapannya bercekak pinggang.

"Beauty sleeper , bangun sekarang ! Kita dah lambat ! Okayyy , lagi setengah jam client dah nak sampai ambik bouquet yang diorang order haritu ! Wash up cepat !"

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

"Beauty sleeper , bangun sekarang ! Kita dah lambat ! Okayyy , lagi setengah jam client dah nak sampai ambik bouquet yang diorang order haritu ! Wash up cepat !"

Eim merupakan sahabat ellena yang paling rapat sejak hari pertama dia menjejakkan kaki ke sekolah menengah lagi. Hanya eim yang sentiasa faham isi hatinya. 

Kedai bunga. Ya! Kedai bunga ellena dengan pantas bangun mencapai tuala dan segera berlari menuju ke tandas.

Ellena merupakan graduate mekanikal engineer tetapi akhirnya dia bekerja dikedai bunga. Agak jauh dari profesen nya , heh ? Hanya ellena merupakan perempuan yang mengambil mekanikal engineer dan kebanyakan yang lain kesemuanya lelaki.

Abang-abang Ellena, Danny dan Danish sentiasa terlalu overprotective terhadapnya memandangkan ellena merupakan satu satunya adik perempuan yang mereka ada. Disebabkan itu ellena sentiasa dihalang untuk bekerja walaupun kebanyakan syarikat begitu berhati terbuka untuk menerimanya bekerja. Bagi mereka biarlah mereka menanggung adiknya itu. Danny dan Danish membantu perusahan bapanya dan sentiasa manage untuk memberikan elaun bulanan kepadanya.

Ellena mengerti abangnya begitu menyayanginya namun dia inginkan kehidupannya sendiri. Dia telah mencipta pelbagai alasan untuk keluar dari rumahnya dan hidup berdikari namun sentiasa ditentang oleh abang abangnya.

Akhirnya, dia menyatakan hasratnya untuk membantu Eim di kedai bunga dan disebabkan eim sangat akrab dengan mereka , mereka pun membenarkan ellena tinggal di kondominium eim dan bekerja dengannya.

"Ellena ! Jom gerak sekarang nanti client sampai !"

Ellena segera mencapai beg tangannya dan apply mascara dan lipgloss senipis mungkin. Dia tidak suka wajahnya dipenuhi make up tebal yang membuatnya rimas. Dia memang begitu. Kecantikannya sentiasa natural. Dia juga mempunyai ketinggian yang boleh dikatakan taraf model namun segala tawaran ditolak kerana baginya, dirinya tidak secantik itu dan inginkan dirinya tidak terlalu outstanding biarlah hanya suaminya melihat kecantikannya. Itu sudah memadai.

Setelah berpuas hati dengan jeans birunya, baju casual dan make up tipisnya , dia pun keluar dan bergerak menuju ke kedai bunga.

Selesai melayan client pentingnya dia pun mula mengemas kedai bunga Eim.

"Ellena tolong ikat kan bunga lilly kita untuk pameran eh."

Ellena tersenyum lalu pantas menuju ke kabinet bunga.

Sebaik sahaja tangannya ingin meletakkan ikatan bunga lilly pertama, satu tangan yang kelihatan agak berkedut dan tua lebih pantas mencapai bunga tersebut namun tidak merampasnya.

Ellena menoleh dan melihat seorang lelaki tua yang masih kelihatan kacak dan tegap tersenyum melihatnya.

"Maafkan saya miss, tapi boleh tak saya ambil bunga lilly yang terakhir ni ? Saya sangat memerlukannya. "

Ellena tersenyum pasti orang ini menyangka dia adalah salah seorang customer. Ellena tersenyum mesra lalu menyatakan status dirinya yang sebenar dan membantu lelaki tua itu untuk membungkusnya.

"Awak memang terlalu baik hati dan juga sangat cantik. Saya bersyukur bertemu perempuan seperti awak. Kita pasti akan bertemu lagi"

Ellena agak terkejut mendengarnya namun kembali tersenyum.

Lelaki itu berlalu pergi meninggalkan tanda tanya dalam diri ellena.

'Pasti bertemu lagi?'

Dia tidak memikirkannya dan berlalu pergi ke taman untuk memetik bunga lilly lagi.

KAU MILIK AKU! MRS ELLENAМесто, где живут истории. Откройте их для себя