Chapter two

35.6K 717 2
                                    

Enderson malik's pov

"Maafkan saya miss, tapi boleh tak saya ambil bunga lilly yang terakhir ni ? Saya sangat memerlukannya. "

Ketika dia berpaling, Enderson terpegun akan wajahnya yang begitu lembut dan begitu cantik di matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ketika dia berpaling, Enderson terpegun akan wajahnya yang begitu lembut dan begitu cantik di matanya. Aura nya yang agak kuat membuatkan Enderson teringatkan isterinya yang sentiasa lembut dan baik hati. Dia kehilangan isterinya 4 tahun yang lalu meninggalkannya keseorangan devastated dan dalam kerinduan yang teramat sangat. Kehilangan isterinya bukan sahaja memberi impak kepadanya tetapi juga kepada anak bujangnya.

'Sayang abang dah jumpa seseorang yang seperti sayang memang cocok dengan anak kita'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Sayang abang dah jumpa seseorang yang seperti sayang memang cocok dengan anak kita'

Perempuan cantik itu menerangkan bahawa dirinya bukan lah customer dengan sopan dan sentiasa dengan senyuman. Dia mengambil bunga lily tersebut dan membalutnya dengan cantik dan memberikannya kepada Enderson. Enderson tersenyum melihat perempuan itu.

"Awak memang terlalu baik hati dan juga sangat cantik. Saya bersyukur bertemu perempuan seperti awak. Kita pasti akan bertemu lagi"

Dia berlalu pergi dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.

Dia berlalu bergerak ke kawasan perkuburan dimana isterinya dikebumikan. Enderson membersihkan kawasan kubur isterinya dan duduk disisi kubur isterinya.

"Sayang. Anak kita semakin lama semakin susah nak dikawal sayang. Andai sahaja awak ada disisi abang. Kita pasti boleh mendidiknya bersama. Abang tahu dia terluka tapi peristiwa tu dah lama pun berlaku, abang rasa abang dah tiada pilihan lain. Sayang tolong abang, ya ? Jika benar ada jodoh diantara mereka, abang harap sayang pun merestui mereka. Abang rindukan sayang , andai sahaja sayang masih disini abang akan dakap sayang. Sayang tenang lah disana ya ? Tunggu abang di syurga ya sayang. "

Dia mengeluarkan surah Yasin lalu mula membacanya dengan tenang. Sungguh dia terlalu merindui isterinya. Dia memastikan keadaan kubur isterinya lagi sekali sebelum melangkah pergi dan memikirkan cara untuk menjayakan plannya.

KAU MILIK AKU! MRS ELLENAWhere stories live. Discover now