Twenty-four

23.6K 605 30
                                    

Dalam bilik Emmel langsung tidak dapat melelapkan matanya. Perbuatannya selama ini yang asyik menyakiti Ellena datang menyerbu fikirannya. Peristiwa tadi jugak kembali menghantui dia.

'Macamana agaknya keadaan ellena ni'

Dia melihat jam dindingnya dan jarum jam menunjukkan jam 2 pagi. Dia pasti Ellena sudah tidur. Perlahan-lahan dia bangun mengetepikan comforter yang menyelubungi badannya. Dia memulas tombol pintu perlahan-lahan dan mambuka pintu. Dia berjalan perlahan ke bilik Ellena, memulas tombol dan masuk ke dalam bilik. Dia menggeleng kepala melihat cara tidur Ellena yang bersepah. Sebelah Kakinya berada di atas comforter dan sebelah lagi kakinya memeluk bantal peluk. Tangannya menutup dahi dan bajunya agak terselak menampakkan perutnya yang putih kemerahan.

Emmel menelan air liurnya untuk entah keberapa kali. Dia menjadi malu sendiri melihat Ellena dalam keadaan begitu. Menyesal pula dia masuk kedalam bilik Ellena tanpa berfikir panjang. Dia memberanikan diri berjalan menghampiri Ellena yang tengah lena dibuai mimpi.

Dia duduk disisi Ellena.

Perlahan-lahan dia mengangkat kaki Ellena di atas comforter dan menutup tubuh Ellena dengan comforter. Tangan Ellena diturunkan dan rambut yang menutup wajah Ellena diketepikan memyerlahkan wajah Ellena yang putih mulus. Wajahnya yang kelihatan tenang membuatkan Emmel tersenyum.

Dia melihat kesan luka diatas dahi Ellena yang kelihatannya masih fresh. Namun hanya kesan yang tinggal. Kejadian dia menolak Ellena dengan kuat terimbau di minda. Dia mengeluh perlahan. Perempuan ini langsung tidak menunjukkan kesakitan ketika berjalan melepasinya tadi. Siapa sebenarnya perempuan ini? Kenapa dia mengahwini Emmel? Ini wanita pertama yang tidak melebih lebih hanya untuk meraih perhatiannya. Niatnya untuk mengambil first aid kit untuk membalut luka Ellena.

Pantas dia teringat akan kebenciannya pada Ellena membuatkan niatnya mati. Dia pantas bangun untuk berlalu.

Namun belum sempat dia berganjak dari sisi Ellena. Tangan Ellena pantas mencapai tangan Emmel. Emmel yang belum bangun dari katil sepenuhnya tidak dapat mengimbangi dirinya lalu jatuh terbaring disisi Ellena.

Ellena membuka mata melihat Emmel dengan wajah yang kosong. Emmel menelan air liurnya. Dia tidak menyangka yang Ellena akan tersedar. Mereka bertatapan buat seketika. Mereka hanya diam. Ellena tersenyum dan kembali menutup matanya membuatkan Emmel mengangkat sebelah keningnya. Ellena berganjak menghampiri Emmel dan merebahkan kepalanya di dalam dada sasa Emmel. Kerana badan Emmel yang sasa, Ellena agak tenggelam dalam dakapan Emmel. Emmel masih diam tidak berkutik terkejut akan tindakan berani mati Ellena.

"Hmm, walaupun mimpi aku tak kesah. Hish apalah kau ni Ellena dalam mimpi pun boleh mimpi dia. Hai Encik Emmel imaginasi mimpi, saya peluk awak sekejap ye? Nanti dah bangun mesti awak hilang."

Emmel tersenyum mendengar Ellena meracau dalam mamai.

'Hai dia ingat aku ni mimpi ke? Gatal jugak dia ni dalam mimpi. Mimpi aku? Dia suka aku ke?'

Perlahan-lahan Emmel mengangkat tangannya dan meraih pinggan Ellena untuk mendakapnya dengan lebih erat. Dia memeluk Ellena erat seperti dia tidak mampu melepaskan Ellena pergi. Tiada nafsu jahat. Tiada otak setan. Cuma terasa damai dan selamat. Emmel mencium lembut luka di dahi Ellena.

'Kenapa lah hati ini selalu ingin menyakitinya?'

Emmel melayan perasaannya sehingga terlena.

Entah kenapa malam itu Emmel begitu lena. Ellena yang didakap terasa begitu sempurna. She fits him well. Tiada mimpi ngeri yang datang mengganggunya.

Malam itu Emmel melanggar sumpahnya.

Sumpahnya untuk tidak memperdulikan Ellena.

KAU MILIK AKU! MRS ELLENAWhere stories live. Discover now