Thirty-Eight

11.6K 276 7
                                    


Listen to this song while you reading! 

*****************************************************************************************

Ellena dengan perlahan, mengumpul segala kekuatan yang tinggal untuk bangun dari tempat dia duduk selama dua hari yang lepas. Darah yang memenuhi cadar katilnya dipandang kosong. kakinya yang menggigil menampung badannya tetap digagahkan. Sudah puas dia mengalirkan airmatanya untuk lelaki ini. Lelaki yang dicintainya sepenuh hati. Lelaki itu tidak pernah mencintainya.

Dia mengambil bagasi nya dan menyimpan semua baju yang pernah dibawa masuk ke dalam rumah tersebut. Dia tinggalkan semua yang pernah diberi oleh Emmel. Dia menanam azam bahawa dia tidak akan lagi pusing kebelakang untuk terus bersama lelaki ini. Biarlah cintanya terpendam dan hilang dibawa angin. 

Cincin perkahwinan mereka ditanggal oleh Ellena dan diletak di atas meja disebelah katilnya. Dia segera bersiap dan kembali menjadi Ellena yang casual memamkai jeans dan juga t-shirt. Dia menghubungi Eim, sejak dua hari lepas dia sudah melepaskan segala kesedihannya kepada Eim. Eim segera menempah tiket penerbangannya pulang ke Malaysia dan mengambil keputusan untuk membawa Ellena ke tempatnya. 

"Okay, aku dah kat tempat kau ni" Ujar Eim.

Ellena berjalan pelahan melalui bilik Emmel yang sudah tidak berpenghuni. Dua hari juga Emmel telah pergi dan tidak pulang. Dia mengambil gambar perkahwinan mereka yang satu-satunya masih ada ditepi katil lelaki itu, dan dibawa bersama. Dia tahu, sekental hatinya, dia pasti akan terus merindui lelaki itu.

Ellena membuka laci disebelah katil lelaki itu, dia ingin mengambil apa-apa yang tersisa untuk dia simpan sebagai memori, kerana dia yakin.. dia tidak akan kembali lagi ke pangkuan lelaki itu. Cukuplah semua yang pernah dilaluinya. Dia menjumpai sebuah pita perakam dan mula memainkannya.

Semakin hancur hatinya apabila mendapat tahu segala pertaruhan Emmel bersama teman-teman nya. Dia menghempaskan pita itu ke lantai. Memang benar lelaki ini benar-benar seorang yang tidak mempunyai hati! Ellena mengenggam tangannya dan pasti akan membalas semua perbuatan lelaki itu! Dia pantas berlari keluar dari bilik Emmel.

Dia yakin, kali ini, dia pasti akan membenci lelaki itu selama-lamanya!

 Ellena berterima kasih kepada Alya yang telah banyak membantunya. Alya mengalirkan airmata kerana dia tahu, sebanyak-banyak wanita yang pernah dibawa oleh Tuannya, hanya Ellena yang masih mempunyai kelas dan sangat cantik dari segi rupa dan juga hatinya. Alya begitu pasti yang Emmel akan kembali menjadi seperti dulu.

Ellena pantas mengambil bagasi nya dan keluar dari rumah, tanpa dia sedar Emmel berdiri bersandar lemah di depan keretannya disitu dan wajahnya menghadap lantai, dia lantas memandang kearah Ellena yang sudah sedia untuk meninggalkannya dan rumah itu.

Emmel sudah mendengarkan semuannya dari papanya. Betapa dia tersiksa dan terlalu lemah dengan semua ini. Sejak dia mengambil kehormatan Ellena dia hanya kekelab malam melepaskan amarahnya kepada semua orang termasuk rakan-rakannya. Dia menyakiti perempuan.. isterinya itu tanpa sedikit pun bertanya tentang sebab dan punca wanita itu bertemu dengan papanya.

Enderson mencari anaknya itu kesemua tempat dan setelah mendapatkan Emmel, Dia menampar Emmel, anak kebanggaannya selama ini ternyata seorang yang tidak berguna dan sanggup mengasari isterinya sendiri. Emmel terduduk menyesal setelah Enderson menerangkan semuanya dalam keadaan marah dan benci terhadap anaknya itu. 

Tangan Ellena dicapai, terlalu lemah dia melihat bagasi yang dibawa wanita itu. Ternyata Ellena benar-benar akan meninggalkan dirinya kali ini. 

Dia jatuh melutut, Dia menggengam tangan Ellena dalam keadaan teresak . Lama dia memegang tangan Ellena.

"Sayang, please d..do..don't go....please sayang, jangan tinggalkan abang.. abang dah tahu semuanya.. please sayang"

Ellena menutup matanya, dia benci lelaki ini. Dia terlalu bencikan lelaki ini. 

Ellena merentap kasar tangannya dan tetap berlalu pergi, tapi setelah beberapa langkah dia berhenti. "Terima kasih sebab kau telah musnahkan hidup aku Emmel".

Terus dia berjalan tanpa menoleh belakang lagi. 



KAU MILIK AKU! MRS ELLENAOù les histoires vivent. Découvrez maintenant