Chapter seven

27.3K 561 4
                                    

Sudah hampir dua hari sejak perkara yang menjadi mimpi ngeri dalam hidup  Ellena itu berlaku. Dia sentiasa mengalami mimpi ngeri tentang Emmel. Dia bangun untuk melihat kondisi dirinya di cermin yang sudah tersedia dalam bilik miliknya. Dia dapat melihat seorang perempuan yang langsung tidak terurus dan mata yang semakin lebam akibat menangis dua hari berturut-turut. Kini dia benar-benar buntu tentang apa yang akan berlaku dalam hidupnya. Selama ini dia angankan suatu perkahwinan yang bahagia namun Suaminya bukan sahaja membuang dia bahkan juga mengadakan hubungan intim dimana tempat dia tinggal bersama.

Tidakkah itu terlalu keterlaluan?

Dia menghela nafas yang panjang dan merasakan dia harus memulakan sesuatu yang lebih baik. Tidak gunanya dia meratapi sesuatu yang tidak memberikan apa-apa faedah. Dia mencapai tuala dan mula membersihkan dirinya.
Dia menyarungkan mini dress berwarna biru dan mengikat rambutnya menyerlahkan leher jinjang putih kemerahan miliknya yang akan membuatkan mana mana lelaki akan terliur melihatnya.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia pun keluar menuju ke tangga untuk pergi ke dapur. Namun kakinya terhenti apabila terlihat Emmel yang duduk disitu bersedia untuk sarapan. Mujur sahaja Emmel membelakanginya. Dia tidak mahu apa apa kecehon berlaku antaranya dan Emmel.

Tidak mahu pergerakannya disedari, Ellena berjalan perlahan terus kearah tanpa membuat sebarang suara.

"Hai pu.. Eh ellena selamat pagi"

Ellena tersenyum manis dan tergelak perlahan mendengar kesalahan yang dilakukan oleh alya.

"Haaaa takut kena pecat lahtu. Haha. Selamat pagi untuk awak juga alya ! Okay biar saya yang sediakan sarapan. Awak harini kene teman saya makan tau !"

Ellena tersenyum girang sambil memikirkan menu yang harus disediakan pada pagi ini. Tanpa menunggu apa apa jawapan dari alya , Dengan pantas dia mengeluarkan semua bahan dan menyiapkan bahan tanpa sedikit pun rasa kekok.

Ternganga alya melihat tingkah laku Ellena yang seolah olah nya sudah terbiasa memasak. Semakin dia mengenali Ellena semakin dia merasa kagum akan majikannya itu. Bukan sahaja wajah yang cantik persis bidadari, dia juga pandai melakukan kerja kerja rumah. Dia bukan seperti perempuan lain yang hanya tahu mengarah.

"Alya awak dah boleh tutup dah mulut tu nanti kang masuk lalat, saya takde kereta tau nak bawak awak pergi klinik"

Ellena memandang alya dari ekor matanya dan buat kesekian kalinya dia tergelak perlahan melihat tingkah laku pembantu rumahnya itu.

'Nasib lah kau ada alya, apa lah aku nak buat kat agam ni kalau kau takda'

"Alya saya dah nak gerak pergi office ! Layan lah perempuan tu, nanti gila pulak dia sorang sorang kat rumah ni"

Suara lantang Emmel cukup jelas untuk melukakan hati ellena namun dia hanya tersenyum. Alya menggenggam tangan ellena seakan-akan memberikan kekuatan.

"Alah biarlah dia tu, sekarang jom makan !"

"Jom!"

Mereka pun mula menjamu selera hasil masakan ellena.

"YaAllah ellena. Memang sedap sangat kueteow goreng ni! Rugi sangat tuan tak rasa. Ruginya dia ellena ada isteri macam awak ni tapi masih taknak hargai"

Ellena hanya mampu memberikan senyuman. Dia juga sudah tidak lagi ingin memikirkan tentang emmel. Yang pastinya dia harus mencari kerja sebelum dia mati kebosanan dalam rumah agam ini.

KAU MILIK AKU! MRS ELLENAWhere stories live. Discover now