Chapter sixteen

25K 488 2
                                    

Emmel's p.o.v

Entah asal, aku rasa perempuan 'so called wife aku ni fits every part of the space i got. Masa dia pusing menghadap aku dan melingkarkan tangan dia kat pinggang, aku tak dapat dengar apa-apa kecuali degupan jantung sendiri. Aku harap sangat dia tak dapat dengar.

Aku sekuat hati cuba untuk melawan fobia aku terhadap petir dan guruh tapi semakin lama semakin kuat sehingga tiba-tiba kapal terbang bergegar dengan kuat dan tanpa sempat mencerna apa apa dalam otak yang tidak waras, aku terus keluar mencari siapa-siapa yang ada dan ketika itu mata aku cuma tertumpu pada sekujur tubuh yang elok lena di ruang kapal terbang. Aku tak fikir panjang, terus aku peluk erat tubuhnya dari belakang. Ahh hantam ah! Sekarang bukan masa nak tunjuk ego. Bauan enchanteur paris yang lembut dan mengasyikkan mula menerpa deria bau aku. Lagi sekali petir menyambar, aku menguatkan pelukan aku di pinggangnya. Aku menggigil ketakutan.

Perempuan 'so called wife' aku mula menggerakkan tubuhnya.

Mungkin telah sedar. Dan aku pasti dia akan tolak aku serta-merta.

Tolong lah jangan, aku memerlukan kekuatan.

Namun apa yang seterusnya jadi membuat aku terkejut apabila dia mula menepuk lembut tangan aku dan menggenggam tangan aku dengan lembut untuk memberikan kekuatan.

Kenapa lepas apa yang aku buat pada dia, dia sedikit pun tak layan aku dengan teruk? Padahal dia boleh sahaja tolak aku, lempang aku belasah terajang. Hati aku mula mencair

No ! Bro get a grip of yourself. Ni semua lakonan je ni !

Hati yang sakit mula berbisik.

Saat dia pusing,memeluk dan menepuk aku perlahan-lahan, ketakutan aku yang tadi setinggi gunung everest beransur pulih. Bisikan jahat yang menghasut untuk membenci juga telah terbang kemana. Aku tak pasti. Aku hanya dapat merasa ketenangan dalam pelukan dia. Namun dalam hati aku berjanji aku tak akan lihat wajah perempuan ni sebab aku takut itu akan menjadi kelemahan aku dan hati aku akan mula berbelah bahagi. Aku tidak mahu. Niat aku untuk menolaknya serta merta setelah aku pulih namun mata terlebih dahulu terkatup lalu aku langsung tidak sedar kan diri.

Kebahagiaan dalam pelukan tersebut mengingatkan aku pada seseorang.

Mama.
***************************

Sedar-sedar sahaja emmel sudah tidak lagi ada disebelahnya.

Dia mula berteka teki dengan dirinya sendiri. Adakah itu hanya mimpi ?

Melalui pengumuman yang mengejutkannya dari lena, mereka telah sampai ke destinasi yang dituju !

Here i come, New York !

Mukanya menunjukkan riak excited. Seumur hidup dia tidak pernah melancong keluar negara. Kalau diikutkan keluarganya memang lebih dari mampu, namun dia tidak mahu menyusahkan atau membebankan lagi babanya. Biarlah itu menjadi cita-citanya dan dapat dicapai setelah dia bekerja.

Seumur hidup dia tidak suka dimanja dan meminta sesuatu dengan mudah pada babanya. Dia lebih suka mencari punca pendapatan untuk dirinya dan wang saku yang diberi oleh babanya disimpan di dalam bank untuk kecemasan. selebihnya, dia sentiasa bersedekah di rumah anak yatim dan membelikan sesuatu tiap kali dia mengunjungi rumah anak-anak yatim tersebut.

Dia tersenyum mengenangkan wajah anak-anak yatim yang kegirangan tiap kali dia datang melawat. Sungguh dia rindukan mereka. Sejak dia berkahwin, dia tidak lagi dapat melawat ke sana memandangkan rumahnya memang jauh benar dari situ. Lamunannya terlalu jauh sehingga tidak sedar bahawa emmel telah lalu melepasinya.

"Cepatlah turun! Kau tunggu apa lagi, ingat ada orang nak dokong kau turun ke? Ohh ye yang pasal semalam tu, kau lupakan semua. Kau jangan pernah sikit pun terniat nak goda aku! Kalau sekali bagi aku, kau perempuan tak guna, selamanya kau masih perempuan tak guna!"

Emmel berlalu pergi meninggalkan luka yang agak dalam di hati Ellena.

'Mana mungkin aku boleh lupa, semalam pun antara memori manis kita'

Ellena mengeluh. Dia hampa. Kenapa susah sangat nak runtuhkan tembok hati lelaki ini?

Dia mengambil barang-barangnya dan turun dari kapal terbang. Dia bersalaman dengan Kapten Emir dan dua lagi pramugaru yang lain. Namun, apabila sampai saatnya untuk bersalaman dengan Kapten Emir, kapten Emir yang seolah-olah tertarik padanya mengucup tangannya buat kesekian kali.

Kali ini Emmel yang berada di hadapan Ellena berdehem agak kuat menyebabkan Kapten Emir cepat cepat melarikan tangannya.

Ellena hanya mengikuti langkah emmel dan mereka lagi sekali dijemput dengan menaiki limo.

'Kenapa kena limo? Dua orang jekot ! Over betul. Nak duduk jauh lah tu dari aku. Kalau boleh aku nak suruh naik motor je! Biar boleh peluk taknak lepas!'

Ellena tersengih-sengih dek akal nakalnya. Baru tadi Emmel melukakannya dengan kata-kata yang pedih, dengan pantas dia melupakan segalanya. Ellena memang sentiasa memaafkan. Itu yang selalu diingatkan oleh arwah ibunya. Sampai ke hari ini sikap itu masih menjadi tabiatnya. Memaafkan lebih baik dari berdendam.

Pintu nya dibukakan dan dia masuk kedalam limo. Emmel seperti biasa duduknya kalau boleh paling jauh dari Ellena membuatkan ellena tergelak kecil. Limo mula bergerak dan ellena membuangkan pandangannya keluar tingkap.

*****************************

Sampai sahaja di bilik hotel, mereka sudah ditunggu oleh beberapa orang. Ellena hanya tersenyum dan mula memperkenalkan diri.

"Hello, im Ellena hanni. U can just call me...."

"Ellena right?"

Belum sempat kata-katanya dihabiskan dia terlebih dahulu dipotong oleh seorang minah salleh yang agak tinggi dan berambut blonde.

"Yeah, sorry but whats your name? I felt bad that u even knew my name without me knowing yours."

"Nahhhhhh. Its okay, Mr Enderson told us a little bit of information before we meet directly with our customer. Ohh yeah btw, my name is Chloe and this girl beside me is Aurora. Nice to meet you"

Chloe agak ramah tetapi Aurora pula seperti ada sesuatu yang dirahsiakan dari pandangan matanya. Seperti ada rasa cemburu bertandang di hati perempuan itu. Ellena hanya tersenyum.

"Customer? Err come again? What customer? Im sorry Mr Enderson didnt inform me about you guys earlier so i was a lil bit curious here. And girls, nice to meet you too!"

"Ohh we are here to help you prepare for tonight dinner. He wanted us to treat you like queen for a day."

"Hahaha, what queen? Noooo. I'll certainly feel bad. Im just a normal person and you guys too? So no queen, yeah? Helping me with the dress up things? Okay. Im not really good in dress up. You can tell from my outfit, can you?"

"Yeah you look terrible"

"Aurora! Cut it out okay? She is our customer"

"Err i mean you look terribly hot"

'Naaa'ah there must be wrong somewhere. I can tell'

"No its okay. So girls let get started!"

Mereka hanya tersenyum sambil menunjukkan ellena bilik persiapannya. Emmel entah kemana yang dia tahu hanya dia yang masuk ke hotel, emmel terus hilang dari radar.

KAU MILIK AKU! MRS ELLENAWhere stories live. Discover now