FORTY - I'll never love again.

14K 335 18
                                    

Wish I couldI could have said goodbye 

I would have said what I wanted to 

Maybe even cried for you 

 If I knew it would be the last time

I would have broke my heart in twoTryin' to save a part of you 

Don't want to feel another touch 

Don't want to start another fire 

Don't want to know another kiss 

No other name falling off my lips 

Don't want to give my heart awayTo another strangerOr let another day begin 

Won't even let the sunlight in 

No I'll never love again..

********************************************************************************************

Selesai solat Jumaat bersama papanya, Emmel terus mengerjakan urusan kerjanya yang bertimbun di atas meja. Tanpa dia sedari jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Emmel mengambil tas bimbitnya dan berjalan keluar dari pejabatnya. 

Entah kemana arah tuju Emmel. Dia tidak ingin pulang ke rumah. Rumah itu berasa terlalu kosong tanpa Ellena. Selalunya pasti gadis itu yang akan menyiapkan makanannya. Kini, tanpa Ellena terasa hidupnya begitu suram dan tiada keceriaan. Sudah banyak cara yang telah dia cuba untuk menawan semula hati gadis itu, namun hati sedingin salju Ellena masih tidak dapat dilembutkan.

Dia tahu Ellena pasti tidak akan sesenang itu memaafkan dia. Minggu lepas sahaja bunga yang telah dikirimkan kepada Ellena terus ditolak dan diminta untuk dibawa pulang. Dia juga cuba untuk berjumpa dengan Ellena di pejabat, di rumah namun hasratnya masih hampa. Sedikit pun kelibat gadis itu tidak kelihatan. 

Dia pasti jika dia tidak melakukan sesuatu dengan pantas pasti Ellena akan semakin jauh dari genggamannya. Dia memejamkan mata dan peristiwa malam itu bermain diruang matanya. "SHIT!" Emmel menghentak stereng keretanya dengjean agak kuat sehingga dia tertekan hon keretanya membuatkan dia menarik perhatian beberapa orang yang berada di hadapan restoran.  Wajahnya yang kusut terus berubah ceria apabila dia melihat Ellena diluar restoran tersebut. Ellena tercari-cari gerangan kereta siapa yang bising namun hampa. Sebuah kereta yang sangat dikenali Emmel berhenti tepat dihadapan Ellena, seteah berbicara beberapa minit, Ellena kelihatan masuk ke dalam kereta itu.

'Irfan?' 

Apa yang diorang berdua buat ni? Emmel mengambil keputusan untuk mengikut kereta mereka. Emmel merasakan segala api cemburunya menggelegak sehingga mukanya merah padam. Kenapa harus Irfan? Setelah beberapa minit mereka menyusuri kesesakan lalu lintas, akhirnya kereta Irfan berhenti betul-betul dihadapan sebuah rumah yang kelihatan agak mewah. Ellena keluar dari kereta Irfan dan mengucapkan terima kasih kepada Irfan yang telah menghantarnya pulang. 

Setelah kereta Irfan hilang dari pandangan, Emmel dengan pantas keluar dan mengunci keretanya. Dia mengikut langkah Ellena dengan perlahan-lahan. Dia memerhati semua bilik yang tidak berlampu untuk memastikan mana satu bilik isterinya itu. Setelah beberapa saat, satu dari tingkap rumah itu berlampu. Nasib sahaja bilik Ellena tidak begitu tinggi. Setelah mendekati bilik Ellena, Emmel menjumpai tangga untuk naik ke balkoni milik isterinya. 

Diam-diam dia menaiki tangga ke bilik Isterinya. Dia berasa lega kerana dia sempat masuk sebelum pintu pagar automatic rumah itu tertutup. Pintu balkoni Ellena yang tidak bertutup memudahkan lagi kerja Emmel untuk menyelinap masuk. Pantas sahaja dia tidak melihat kelibat gadis itu, rupa-rupanya Ellena telah berpindah ke sini. 

Bunyi air di dalam bilik mandi membuatkan Emmel memerhatikan seluruh bilik isterinya itu. 

Matanya tertancap ke sebuah frame gambar yang pernah ada di dalam biliknya suatu ketika dulu. Pada saat itu dia yakin,,,,

Ellena kau masih mencintaiku...

Emmel meraup wajahnya dengan hatinya yang begitu berat. Terimbau kembali bagaimana dia menyakiti isterinya itu, dalam keadaan Ellena tidak berdaya dia terus merampas kehormatan wanita itu tanpa rasa belas dan kasihan. Namun, bekas yang menjadi bukti keperawanan Ellena terus mematikan segala prasangka yang wanita itu sudah hilang keperawanannya. Semakin jatuh kasih Emmel terhadap isterinya itu.

Perlahan dia berjalan menuju ke katil Ellena. Walaupun, hatinya masih dihambat rasa cemburu.. Namun, dia berjanji untuk tidak melakukkan sesuatu yang boleh menjauhkan Ellena darinya lagi.

Ellena yang sudah keletihan, dengan matanya yang hampir tertutup berjalan menuju ke katil dan baring. Memang inilah isterinya, langsung tidah berjaga-jaga. Hati Emmel senang melihat wanita kesayangannya itu yang berbaring menghadapnya dan telah lena dibawa mimpi.

Lama Emmel begitu. Lama ditatap wajah isterinya yang lena seperti bayi. Diselaknya rambut Ellena lembut takut Ellena akan terjaga.

Ellena yang seolah-olah mengigau menyebut namanya beberapa kali membuatkan Emmel tersenyum puas. Tanpa disedari bau Emmel menarik Ellena untuk lebih dekat dengannya. Dipeluknya pinggan sasa lelaki itu sehingga Emmel terkedu sekejap. Matanya kembali redup dan diraih isterinya itu. Tidak sanggup lagi berjauhan.

Dia berjanji, hidup dan matinya akan terus mengharapkan kasih wanita itu selamanya.

Akhirnya, dia terlelap dalam pelukan isterinya dan terus dibuai mimpi indah entah kemana.

KAU MILIK AKU! MRS ELLENAМесто, где живут истории. Откройте их для себя