Chapter thirteen

25.7K 499 5
                                    

Ellena's p.o.v

Aku bangun setelah puas menangis atas lantai yang sejuk beku. Nasib pelukan alya memberikan sedikit haba untuk memanaskan badan aku.

'Kenapa dia kene selalu kejam dengan aku?'

Alya spotted kesan lebam yang terhasil atas genggaman kuat tangan emmel pada lengan aku, ada sedikit luka yang membuatkan kesan lebam itu berdarah disebabkan oleh tolakan pintu yang kuat oleh emmel.

'Aku? Mengadu pada encik enderson? Aku telefon dia pun tak pernah? Kenapa cepat sangat nak menghukum?'

Aku hanya mengeluh dalam hati. Alya dengan pantas mengambil first aid kit dan menyapu ubat pada kesan lebam aku. Aku mengaduh sakit.

'Pedih alya. Tapi tak sepedih hati aku'

Alya lagi sekali memandang aku dengan mata yang sayu. Aku hanya tersenyum. Alya membantu aku bergerak ke tandas dan aku masuk membersihkan diri.

Aku memilih sebuah dress mini pendek berlengan panjang berwarna hitam untuk menutup lebam yang terbentuk. Rambut aku biarkan lepas dan muka aku biarkan bebas mekap. Aku memang tak sukakan make up yang tebal.

Selesai menyiapkan diri, aku pun turun dan melihat emmel yang duduk sambil melihat telefonnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai menyiapkan diri, aku pun turun dan melihat emmel yang duduk sambil melihat telefonnya. Walaupun hanya memakai jeans dan baju berkolar warna coklat, emmel tetap kacak pada pandangan aku. Sayangnya dia tidak mahu menerima aku. Pasti aku wanita yang paling bahagia dalam dunia.

Aku mula teringat pada peristiwa emmel melukai ku membuatkan aku sedikit takut untuk berjalan kearahnya.

'Macamana kalau dia menyakiti aku lagi?'

Aku bergerak tiga langkah ke belakang khuatir dia akan terkesan dengan kehadiran aku.

Aku berasa lega kerana dia tidak perasan yang aku berada disitu.

Ataupun dia memang tak peduli.

Tiba-tiba pintu diketuk mematikan lamunan aku. Emmel dengan segera membuka pintu dan berpelukan dengan papanya.

Mereka bercakap sesuatu yang aku sendiri tidak dapat menangkap tentang apa. Mata encik Malik menangkap kehadiran aku disitu, dia berjalan menuju ke arahku dan memeluk bahu ku dari arah tepi membuatkan dia tersentuh lebam aku. Walaupun sakit, aku menahan.

"Assalamualaikum encik malik"

"Ellena berapa kali papa nak cakap? Panggil papa je kamu tu anak menantu papa? Kamu sihat tak ellena?"

"Sihat err p-papa"

Papa menarik aku dan menyuruh aku duduk disebelah emmel. Perasaan takut mula menyerbu dalam diri aku.

'Macamana kalau dia taknak aku duduk sebelah dia?'

Namun aku tetap memberanikan diri. Dia hanya memfokuskan pandangannya ke depan dan masih sedikitpun tidak memandang ke arah aku.

"Papa nak apa ni?"

"Anak papa memang sentiasa straight forward kan? Haha. Papa kesini sebab nak bagitahu kamu, ada satu event ni memerlukan kamu berdua ada disana"

Aku melihat emmel yang mengetap rahangnya namun masih tersenyum kelat.

"Ohh really? Event apa tu papa?"

"Event untuk orang cancer, mel. Pada papa inilah saatnya kamu berdua menyumbang pada masyarakat."

"Ohh sure kitorang berdua akan pergi kesana"

Nada keterpaksaan begitu jelas dari suara garaunya.

"Dan ada lagi satu. Papa telah sediakan satu suprise untuk kamu berdua"

"Surprise apa lagi ni papa?!"

"Kamu berdua akan pergi behoneymoon"

********************************

Pulang sahaja papa dari rumah, aku terus masuk kedalam bilik khuatir emmel mengapa-apakan aku lagi.

Dari dalam bilik aku mendengar betapa marahnya emmel. Dia menhempas dan mencampak barang sambil menjerit menandakan betapa bencinya dia terhadap aku.

Malam itu suara emmel tak lagi kedengaran, setelah puas melepaskan amarah, emmel telah keluar dan hingga tengah malam pun dia masih tidak pulang lagi.

Aku duduk atas sofa dalam bilik aku dan menghadap keluar. Aku melihat bintang yang bersinar terang seperti tiada apa yang mengganggu mereka.

Macamana aku nak lalui semua benda ni? Tengok muka aku pun dia taknak! Apa lagi nak berhoneymoon? Memang gila.

Ya Allah bantu lah hamba mu ini!

****************************

Memgantuk gila gaiz. Im not really in a good mood but you guys cheer me up. !

Memang gila ah emmel. Apa eh kita nak buat kat dia ni? Siapa ada idea angkat tangan🙋🏻

Apa pun stay tuned k gaiz!

Xoxo😘😍

KAU MILIK AKU! MRS ELLENAWhere stories live. Discover now