Chapter twelve

26.1K 514 9
                                    

Emmel's pov

Dalam satu malam sahaja, papa dah sanggup ambil segalanya dari aku. Kebebasan, kemewahan dan kelepasan aku dari tanggungjawab sebagai seorang pewaris.

Selalunya kalau papa telefon dan membebel tentang perusahannya yang sememangnya sudah maju, aku memang boleh lepas dari semua benda. Pasti ada je alasan yang keluar darinotak aku yang geliga ni. Tapi kali ni tak. Suara dia kali ini penuh kemarahan, ketegasan dan desperate untuk mengharapkan aku pulang.

Papa menegaskan supaya aku pulang sebab dia ada hal penting yang mesti dia sampaikan. Dia kata dia ada tawaran yang sangat bagus untuk aku.

Seriously? Tawaran dengan anak sendiri? Apa dah kene dengan papa aku ni? Ughhhh

Jadi aku pulang menghadap yang berhormat (mark my sarcasm)

Papa menyatakan bahawa aku harus berkahwin kalau taknak syarikatnya diserahkan kepada sepupu aku, anak kepada maksu blah mak aku. Aku menjadi risau sebab aku tahu dia tu memang tak berguna dan apa yang pelik, papa pun tahu pasal ni tapi kenapa dia nak berkeras?

Oleh sebab aku taknak syarikat jatuh pada tangan manusia yang hampeh, aku pun bersetuju.

Papa telah menetapkan perempuan yang harus aku kahwini dan dia menyatakan perempuan itu persis seperti perangai mama yang baik hati lembut dan penyayang.

Segala kenyataan yang keluar dari mulut papa membuatkan aku naik berang! Tak. Ada. Satu. Pun. Perempuan. Yang. Akan. Pernah. Sama. Dengan. Mama. Papa memang sentiasa bersangka baik dan takde taste langsung bila dengan perempuan. Dia akan percaya pada karakter luaran sebulatnya padahal dalaman aku tahu diorang semua nakkan kekayaan dan nama sebagai isteri pada keluarga enderson.

Aku masih bersetuju namun usaha aku untuk membatalkan perkahwinan ni masih tak bernoktah kat situ je. Aku bersetuju bukan sebab aku suka! Tapi aku akan tunjukkan perempuan itu, kedudukannya jika dia tidak mahu membatalkan perkahwinan ini!

Puas aku memikirkan cara untuk menhentikan perkahwinan ini akhirnya aku menggunakan style lama iaitu dengan menulis surat.

Pada hari perkahwinan aku, aku telah menulis sekeping surat yang isinya berbunyi begini:

Cik,
Tak perlulah cik nak kahwin dengan saya. Saya ni memang tak berbaloi, baik cik tarik diri sekarang saya taknak buang masa dengan perkahwinan macamni. Yang sudah pastinya tak akan ada cinta. Jadi please cik tolong lari dari sini.

Aku memanggil seorang budak lalu menyuruhnya menghantar surat tersebut kepada yang kononnya bakal isteri aku dan berharap agar bakal isteri aku itu akan mengubah keputusan.

Aku pun masuk ke tempat akad nikah dan berharap agar perempuan tu takkan hadir dalam majlis ini. Eh, tapi tak! sangkaan aku meleset sama sekali bila suara riuh rendah semua orang menandakan perempuan itu tetap juga datang ke majlis akad nikah.

Ini semakin membuatkan aku geram dan yakin perempuan ni such a gold-digger dan hanya inginkan duit aku je ! Kau nak duit kan! Aku akan tabur kat muka kau perempuan.

Memang semua perempuan ke macamni? Takda maruah takde harga diri. Even lepas dbagi surat macamtu perempuan ni still nak kan dia? How shame!

I will certainly make you living in hell. Screw you.

Bibir aku menggigil ketika melafaskan akad nikah. Bukan kerana gementar tetapi kerana terlalu marah.

KAU MILIK AKU! MRS ELLENAWhere stories live. Discover now