Chapter eleven

25.6K 520 8
                                    

Pulang sahaja ellena dari jogging pagi itu, dia terus pulang ke rumah. Dia mendengar suara seperti orang bergaduh dan itu memang bukan suara alya.

Dia dengan pantas masuk kerumah untuk mencari apa punca pergaduham dalam rumah.

"Keluarlah amelia! Aku cakap keluar lah sekarang!"

"Kenapa ni emmel? Sayang what have i done to you sayang? Awal lagi ni emmel"

"Awal hotak kau! Keluar lah!"

'Well atleast bukan aku sorang je yang kene jerit dengan si gila ni, dia ni memang ada masalah nak control marah ke camana? Dasar spoiled"

Perempuan itu mengambil barangnya yang dicampak keluar dari bilik dan segera berlari menuruni tangga risau diapa-apakan emmel. Wajah perempuan itu yang menunjukkan riak ketakutan dipan
dang simpati oleh ellena.

Dia pelik kenapa ada jenis manusia yang menukar ganti wanita seperti menukar ganti baju.

Setelah wanita itu keluar dari rumah, dia dengan pantas berlari menuju ke biliknya kerana dia dapat merasakan sesuatu akan berlaku pada dirinya.

Belum sempat dia menutup pintu bilik sepenuhnya, pintu itu terlebih dahulu ditahan dan ditolak membuatkan ellena terdorong ke hadapan Membuatkan ellena membelakangi pintunya. Sebelum sempat dia menoleh, satu tangan yang kasar dan kuat terlebih dahulu mencengkam kedua dua bahunya dan memusingkan badannya kearah pintu. Pipinya ditekan kuat kearah pintu menyebabkan ellena menyeringai kesakitan.

Dia tidak melihat wajah si pelaku namun dia sudah pasti siapa gerangan manusia yang memang tidak mempunyai hati perut.

'Apa lagi dia nak ni'

''Aku dah cakap dengan kau. Jangan sibuk dengan hal urusan aku kan! Kau apahal tak reti faham bahasa hah perempuan! Aku dah bagi kau duit yang kau nak , kau masih nak mengadu kat papa aku! Kalau ada apa apa yang papa aku syak tentang aku, kau siap!"

Pegangan di bahu ellena dikuatkan sehingga kesakitan yang ellena rasakan berlipat kali ganda, dia melihat bahunya yang merah.

'Ye memang akan meninggalkan kesan lebam'

Ellena ditolak sehingga jatuh terduduk dan emmel berlalu pergi darinsitu tanpa sedikit pun terkesan dengan perbuatannya, baginya ellena memang harus dihukum kerana mungkin telah mengadu pada papanya.

Mungkin.

Mungkin.

Belum pasti.

Tapi ellena sudah dihukum begini.

Alya yang terdengar pergaduhan mereka yang agak kuat itu segera mendapatkan ellena yang terduduk menangis.

Sungguh kejam hati lelaki itu menyakiti insan lemah bernama perempuan.

Ellena hanya diam tidak terkutik menangis dalam pelukan alya. Dia sudah tidak kuat hidup bersama manusia seperti emmel.

Dia melepaskan tangisannya sehabis kudrat dalam pelukan alya hanya itu yang mampu dilakukan tika ini.

******************************

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

******************************

Gaiz , honestly apa masalah si emmel ni kan? Takpa gaiz dia akan mendapat balasannya nanti.

Writer pulak tak sabar nak tunggu apa yang jadi ek??

Sabar gaiz sabar i akan update secepat mungkin kay?

Xoxo😍😘

KAU MILIK AKU! MRS ELLENAWhere stories live. Discover now