Bab 1

5.5K 149 2
                                    

Qisya Ellena bersiap awal untuk ke sekolahnya kerana ingin menyiapkan kerja sekolahnya yang ditangguhkan semalam. Dia mengikat toncang rambutnya dan terus turun ke bawah.

"Morning ma!! " ucap Qisya.
"Mari sarapan dulu. " arah Datin Rania, mama kepada Qisya.

Qisya melihat ke arah jam tangannya.

"Tak pe lah ma. Qisya rasa dah lambat lahh. Qisya bertolak dulu kut. " kata Qisya terus bersalaman dengan mamanya.

Dia menyarungkan jaket kulitnya dan mencapai kunci motornya. Dia memakai helmet dan mula start motor REDZA: Velocita 250 kepunyaannya. Motor itu dihadiahkan oleh papanya. Dia terus memecut ke sekolah.

"Ma.. Qisya mana? " Tanya Dato' Aliff.
"Dia dah bertolak bang. Abang saya nak tanya ni. "
"Apa? "
"Abang libatkan Qisya dalam urusan abang ke? "
Pertanyaan Datin Rania membuatkan Dato' Aliff terdiam.
"Abang saya tak nak anak kita terlibat dalam kegiatan gengster abang. Saya risaulah. " kata Datin Rania.

"Awak jangan risaulah.. Saya tahu dia boleh handle semuanya. " jawab Dato' Aliff.

"Masalahnya tahun ni dia nak SPM bang. Saya takut pelajaran dia terjejas." Kata Datin Rania dengan nada risau

"Awak jangan risaulah.. Dia pandai jaga diri. Awak jangan ingat Qisya tu perempuan, dia lembut tau.. Dia lagi kuat dari bodyguard ² saya. Jangan risau sangatlah. Saya dah lambat ni. Saya pergi dulu. " pinta Dato' Aliff lalu pergi meninggalkan Datin Rania.

------------------------------------------------------

Qisya memakirkan motornya di bawah pokok berhampiran dengan padang sekolahnya. Dia khusyuk melakukan kerja sekolahnya. Tidak lama kemudian, datang sekumpulan motor masuk ke padang sekolahnya. Dia memerhati dari jauh. Empat buah motor memakirkan motor mereka di bawah garaj motor manakala motor yang lain sudah memecut pergi ke tempat lain.

Mereka berempat membuang helmet dan meletakkan di atas motor.

"Mak aihh!! Budak Korea mana pulak sesat kat sekolah aku ni? " kata Qisya, bingung.

Mereka berempat terus masuk ke sekolah tanpa menghiraukan pandangan dari mata pelajar² yang lain.

"Cehh.. Sombongnya.. " cebik Qisya.

Qisya meneruskan kerja sekolahnya sehingga siap. 10 minit kemudian Qisya masuk ke sekolah.

"Weh Qisya!! " Panggil Lana, kawan kepada Qisya dari sekolah rendah.

"Woi!! Sorry tak nampak kau. Apehal? " balas Qisya.

"Jom lepak dekat depan pustaka. Kita jumpa Ezaty dan Zana. " ajak Lana.

"Boleh jugak. " balas Qisya.

"Betul lahh.. Aku dah jumpa dah budak² tu.. Handsome gilee weh!" Kata Ezaty dengan bersungguh-sungguh.

"Apa yang betul?" Sampuk Lana tetiba.

"Datang pun korang! Ni pagi tadi aku jumpa satu geng ni.. Handsome gilee! Semua pelajar perempuan tengok diorang tak berkelip tau.. Sampai ada yang keluar biji mata! " cerita Ezaty.

"Kau ni kan.. Cepat aje info dapat kan.. Asal kau tak join kelab wartawan sekolah hah? " balas Zana.

"Entah kau ni.. Alah biar la.. Ni kita dah lambat.. Jom masuk kelas! " ajak Lana.

GENG WOLFWhere stories live. Discover now