Bab 11

2.8K 87 0
                                    

Kelas 5 Sains berkumpul di depan pondok pengawal pada pukul 9 pagi. Mereka bersiap-siap untuk ke Sunway Lagoon.

"Qisya aku rasa tak sabar nak pergi! Kita boleh main puas² kat sana. " kata Lana teruja.

"Ok semua berkumpul! Saya nak tanda kehadiran! " panggil Cikgu Aqilah yang merupakan antara cikgu yang mengikuti rombongan itu.

Selepas mengambil kedatangan, mereka disuruh beratur untuk naik bas.

"Ok semua boleh naik. " kata Cikgu Tini yang juga mengikuti rombongan itu.

Ezaty, Zana,  Lana naik diikuti Qisya di belakang.

"Tepi! Aku nak naiklah!" Jerit Nurin lalu melanggar orang² di depannya.

Nurin menolak Qisya semasa mereka berada di tangga bas membuatkan Qisya tidak dapat seimbangkan badan.

"Ehh.. Qisya" panggil Fakhri sambil memegang tangan Qisya yang hampir jatuh.

"Nasib baik tak jatuh! Perempuan ni lapar penampar ni! " bentak Qisya sambil berjalan menuju ke arah tempat duduknya di sebelah Lana.

Fakhri tersenyum apabila terdengar bebelan Qisya. Garang!
"Fakhri jomlah duduk sebelah kerusi saya ni! Kita boleh borak². Tak bosan lah nanti." Jerit Nurin kuat.

Fakhri memandang ke arah kerusi yang kosong di sebelah kerusi Nurin. Dia mengeluh perlahan.

"Aku rasa nak muntah aje. " kata Lana mengejek.

"Bro! Sini lah!" Kata Shariff lalu menarik lengan Fakhri duduk di sebelahnya di depan Qisya.

Iqbal dan Kiky mengambil tempat duduk di hadapan Zana dan Ezaty.

"Padam muka!" Kata Ezaty sambil ketawa perlahan melihat muka Nurin yang masam kalah asam gelugur.

Bas mereka mula bertolak. 

Qisya membaiki ikatan pada rambutnya supaya selesa untuk dia menyandar.

"Oiii! Aku pening la! Lambat lagi ke nak sampai? " kata Lana sambil memegang kepalanya.

"Kau ok tak ni? Kau makan tak pagi tadi?" Tanya Qisya, risau.

Lana hanya mampu menggelengkan kepalanya. Qisya urut² kepala Lana dengan perlahan.

"Qisya pehal dengan Lana? " tanya Shariff.

"Dia tak makan pagi. Ni pening²." Terang Qisya.

"Nah! " kata Fakhri sambil menghulurkan roti sebungkus dan asam.

Qisya ambil lalu menyuakan kepada Lana. Lana makan untuk melegakan rasa peningnya.

"Fakhri tq! " ucap Lana.

Setelah 15 minit kemudian, Qisya mula terasa bosan dalam bas. Dia melihat ke arah Lana yang sibuk dengan telefonnya.

Qisya memandang ke arah Fakhri yang berada di depannya.

'Dia dengar lagu mp3! Aku tahu nak buat apa!' Bisik hati Qisya sambil tersenyum.

Qisya merampas sebelah earphone Fakhri sebelah lalu disumbatkan ke sebelah telinganya. Fakhri terkejut dengan tindakan Qisya. Dia memandang ke arah belakangnya.

"Pinjam! Aku bosan" kata Qisya perlahan.

Fakhri hanya membiarkan tindakan Qisya lalu terus pandang ke hadapan sambil mendengar lagu. Qisya hanya tersenyum sambil melihat ke arah luar tingkap bas.

Adakalanya ku rasa curiga
Adakah kau disana tidak mendustakan cinta kita
Adakalanya ku sunyi kau tiada
Sepertiku hilang arah hanya rindu yang membara

Bila kau kan menjauh
Dan cintaku kekal untukmu
Dan bila kau kan menjauh
Kan ku tunggu saat bertemu
Kerana setiaku padamu

Lagi Hez Hazmi setia kuat dinyanyikan di telinga Qisya dan Fakhri.

Selepas 30 minit kemudian..

Mereka semua check in di hotel Sunway Piramid.

"Korang! Jom kita enjoy dulu kat water park petang ni!" Cadang Ezaty semasa kawan-kawannya semua mengemas pakaian mereka di bilik hotel.

Nasib mereka baik apabila mereka berempat satu bilik.

"Ok good! Jom kita main dekat water park dulu. Esok kita ada kelas pulak. Petang ni kita enjoy." Tambah Zana.

"Ok! Bersiap cepat!" Arah Qisya.

"Aip.. Aip.. Kapten! " jerit kawan-kawannya serentak.

Mereka berempat berjalan keluar menuju ke arah lif untuk menuju ke arah water park.

"Korang kita pergi food court dekat Sunway piramid mall isi perut sebelum main." Cadang Zana.

"Ok jugak. Lana kau text cikgu cakap kita nak pergi water park."
Arah Qisya.

Lana hanya menggangguk. Mereka berhenti berdiri di depan pintu lif sementara menunggu pintu lif terbuka.

Ting!!

Bunyi pintu lif terbuka. Terkejut mereka berempat apabila terserempak dengan Fakhri dan kawan-kawannya.

"Nak masuk atau tak? " tanya Iqbal apabila melihat mereka berempat hanya berdiri di depan lif.

"Err... Boleh la.. " jawab Zana.

Dia menarik kawan-kawannya supaya masuk ke dalam lif. Nasib lif besar,  so ada ruang la untuk mereka berlapan. Qisya berdiri di sebelah Fakhri.

"Korang nak pergi mana? " tanya Shariff.

"Kita orang nak makan kat food court sunway piramid mall. Then kita orang nak pergi water park." Balas Ezaty.

"Korang nak ke mana? " tanya Lana pula.

"Tak tahu. Kalau tak kisah kita orang boleh join tak korang? " tanya Iqbal meminta keizinan.

"Boleh jer.. Tapi.. Qisya!!  Kau ok tak kalau diorang join?" Tanya Zana. Takut jugak kalau kawannya yang sorang ni tak selesa. Bukan boleh main angin Qisya.

Pertanyaan Zana membuatkan semua yang ada dalam lif memandang ke arah Qisya.

"Apasal tanya aku? Nak ikut, ikut je la.. " balas Qisya, pelik.

"Ye la mana tau kau tak selesa. Nanti kan meletop pulak." Perli Fakhri.

"Eh.. Eh..  Dia ni.. Aku takut kekasih gedik kau yang meletop nanti. " balas Qisya.

"Dia bu.. "Baru sahaja Fakhri ingin membalas kata² Qisya, pintu lif terbuka.

"Dah jangan nak bergaduh!  Jom!" Kata Zana menghentikan pergaduhan Qisya dan Fakhri.

Mereka mengisi perut terlebih dahulu sebelum pergi ke water park iaitu di The Surf Beach.

"Korang dah sedia?! " jerit Ezaty apabila mereka bermula untuk main flowrider. 

"Siap!" Jerit mereka semua.

Mereka bersuka ria bermain air di pantai itu. Sungguh cantik dan luas. Ramai jugak pelancong di sana.

Selepas beberapa jam, mereka mengambil keputusan untuk pulang ke bilik masing². Badan pun dah nak kecut akibat kuat main air.

Malam itu mereka terpaksa menghadiri kelas tambahan. Maklumlah victim spm! Enjoy.. Enjoy jugak! Study kena no 1!

GENG WOLFWhere stories live. Discover now