Bab 18

2.4K 83 1
                                    

Lana melajukan langkahnya ke arah shopping mall.

"Aduh! " jerit Lana perlahan. Siapa pulak langgar bahu aku ni!
Dia memandang ke arah orang itu.

"Shariff? Apa kau buat kat sini? Lamanya tak jumpa!" Tegur Lana, ramah.

"Lana! Lama jugak tak jumpa kau. Sorry langgar kau tadi, aku tengah tergesa-gesa ni." Jawab Shariff.

"Oh ye ke.. Tak pe lah..sikit aje. " kata Lana.

"Ok. Aku pergi dulu. Jumpa lagi nanti! " ucap Shariff terus pergi meninggalkan Lana.

"Eh, alamak! Lupa nak tanya datang tak malam ni! Ish kau ni Lana! " bebel Lana sambil memukul dahinya dengan tapak tangan.
------------------------------------------------------
Qisya menyumbat baju gaun putih bawah lutut bercorak bunga² kecil warna merah dan kasut hitam yang setinggi 3 cm di dalam beg kertasnya. Dia juga memasukkan alat make upnya.

"Qisya kau dah siap ke?" Tanya Zana dengan kepalanya terjenggul ke dalam bilik Qisya.

"Aku bersiap nanti. Aku kena balik rumah papa aku kejap."kata Qisya sambil menyarungkan jaket kulitnya.

"Ok. Make sure kau datang tau! Jangan tak datang kalau tak, tak nak kawan! " ugut Ezaty dari luar bilik Qisya sambil tangannya masih memilih baju yang sesuai. Dia dengar kali perbualannya

"Yelah.. Aku pergi dulu! " kata Qisya lalu turun ke bawah sambil membawa beg kertas.
------------------------------------------------------
"Qisya! Majlis kamu pukul berapa? " tanya Datin Rania.

"9 malam!" Balas Qisya sambil makan kerepek.

"Kamu patut bersiap la! Dah pukul 8 ni!! " bebel Datin Rania.

Qisya bangun dengan malas. Dia menuju ke biliknya lalu mengambil beg kertas yang dibawa untuk bertolak ke sekolah.

"Qisya pergi dulu! " ucap Qisya.

"Ehh! Tak kan kamu nak pergi pakai macam ni? Jaket kulit macam lelaki,seluar jean koyak ni" tanya Datin Rania, pelik.

"Tak de la! Qisya kan naik motor. Tak kan nak pakai gaun. Nanti sampai sekolah Qisya tukar la.. " terang Qisya lalu berlalu pergi.

Datin Rania menarik nafas lega. Dia tersenyum melihat kelibat anaknya berjalan sehingga hilang dari muka pintu.
------------------------------------------------------
"Siapa sebenarnya kau ni? " tanya Qisya sambil berjalan menghampiri lelaki yang sama mengikutinya semenjak kebelakangan ini.

Dia tahu lelaki itu mengekorinya dari rumah papanya lagi. Sebab itu, dia cuba memerangkap lelaki itu dengan membawa lelaki itu ke lorong sunyi.

Qisya memandang ke arah lelaki itu. Sukar untuk dia mengecam kerana mereka hanya ditemani dengan lampu jalan. Tambahan pula, lelaki itu memakai mask mulut.

"Aku tanya,kau ni siapa?!" Tanya Qisya lebih kuat.

Lelaki itu tetap membisu membuatkan kesabaran Qisya nipis.

Qisya terus mengacukan pistolnya ke arah lelaki tadi. Dia juga terkejut apabila melihat lelaki tadi juga mengacukan pistol ke arahnya.

"Ok fine! Aku akan pergi! Tapi kau jangan nak ikut aku! Aku tak kenal kau siapa! Dan apa yang kau nak! Jangan ganggu aku! Kalau kau nak culik aku, sorry aku tak de duit! Kalau nak duit, pergi culik papa aku!" Kata Qisya terus menyimpan pistolnya.

Dia terus memecut ke majlis reunion di sekolahnya.
------------------------------------------------------
"Qisya! Asal kau lambat?!" Marah Lana.

"Sorry la. Jom teman aku bersiap kejap." Kata Qisya terus menarik tangan Lana supaya mengikutnya ke tandas untuk menyalin pakaian.

Qisya memakai gaun yang dibawanya. Dia mengenakan sedikit bedak dan mencalitkan lipstik pin di bibirnya. Dia melepaskan rambutnya. Dia mengemaskan rambutnya lalu menyarungkan kasut tumitnya sebelum keluar dari tandas.

"Kejapnya kau siap!" Tegur Lana. Ekspress betul kawannya.

"Buat apa lama²." Balas Qisya.

"Tapi serius aku cakap, kau cantik sangat malam ni!" Puji Lana.

Qisya mencebikkan bibirnya lalu menarik tangan Lana untuk masuk ke dewan sekolah.

"Qisya!! OMG! You are so beautiful toninght!" Jerit Zana.

"Betul tu! Aku sokong!" Sambung Ezaty.

"Merepek kau ni! Majlis dah mula ke?" Tanya Qisya.

"Dah lama dah.. Kau lambat!" Balas Zana.

"Haiii korang!" Tegur seseorang dari arah belakang mereka.

"Kiky! Shariff!" Jerit mereka berempat.

"Lama tak jumpa. Korang sihat?" Tanya Kiky.

"Sihat. Kau pergi mana?" Tanya Qisya.

"Kita orang ade je. Cuma busy, sebab kerja dah." Jawab Kiky.

"Korang still lepak kat warung Pak Hamad?" Tanya Kiky.

"Yup!!" Balas Zana

"Ok. Ehh jom lah korang kita makan!" Ajak Shariff.

Mereka semua menuju ke arah meja makan.

"Cantik kau hari ni." Bisik Kiky ke telinga Qisya.

Qisya menunjukkan penumbuknya.

"Korang! Mana Iqbal dan Fakhri?" Tanya Ezatty.

"Hah! Dekat depan tu!" Tunjuk Kiky apabila melihat kelibat Fakhri dan Iqbal di pintu masuk dewan.

Mata mereka memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Kiky.
"Minah sewel tu pun ada." Kata Zana perlahan apabila melihat Nurin yang sedang memeluk erat lengan Fakhri yang sedang melangkah ke arah mereka.

"Hai guys! Ingat I tak?" Tanya Nurin,gedik sambil memandang ke arah mereka semua.

"Fakhri! Jom lah duduk! Makan!" Ajak Kiky apabila merasakan suasana mula tegang antara Nurin dan kawan² Qisya.

Fakhri duduk di hadapan Qisya. Qisya teruskan makan tanpa mengendahkan kewujudan Fakhri.

"Excuse me!" Minta Nurin lalu duduk di sebelah Fakhri.

Selepas 2 jam...

"Untuk acara kemuncak majlis ini, saya akan mengumumkan King and Queen dalam majlis kita pada malam ini." Ucap MC.

Para hadirin menumpukan sepenuh tumpuannya kepada MC.

"King pada malam ini jatuh kepada..." MC membiarkan ayatnya tergantung.

Semua lelaki di dalam dewan itu mendengar dengan tekun.

"Tengku Fakhri Imran!" Jerit MC.

Para hadirin memberi tepukan gemuruh kepada Fakhri.

"Bro tahniah!" Ucap Iqbal.

Fakhri bangun lalu menuju ke atas pentas untuk mengambil hadiahnya.

"Untuk Queennya...adalah.." Sekali lagi MC membiarkan ayatnya tergantung.

"Mestilah I. " kata Nurin sudah berdiri dengan senyuman bangganya.

"Qisya Ellena! " jerit Mc.

"Tahniah Qisya! " jerit Lana, Ezaty dan Zana serentak.

Qisya mula gelabah. Kenapa aku!
"What?! " jerit Nurin tidak puas hati.

Qisya berjalan perlahan-lahan naik ke pentas. Dia mengambil hadiahnya dan berdiri di sebelah Fakhri.

"Tak sangka pulak aku minah rempit pandai bersolek" bisik Fakhri perlahan di telinga Qisya.

"Jangan pandang sebelah mata Fakhri! " balas Qisya, geram.

Mereka berdua turun selepas mengambil beberapa keping gambar oleh jurugambar.

Mereka semua bergerak untuk pulang selepas majlis selesai.

"Dah nak balik? " tanya Fakhri,  berdiri di depan motor Qisya.

"Yup! " balas Qisya pendek sambil menghidupkan motornya.

"Cepatnya kau tukar baju? " soal Fakhri lagi.

"Ye la tak kan nak pakai gaun pulak naik motor. Dah la aku balik dulu! Jumpa nanti ok!  Kalau jumpa la.. " kata Qisya terus memecut motornya.

"Kita akan jumpa selalu Qisya.. " kata Fakhri sambil melihat ke arah kelibat motor Qisya yang mula menghilang.

GENG WOLFWhere stories live. Discover now