Bab 39

2.2K 76 0
                                    

Shariff dan Lana menuju ke wad Fakhri. Mereka terserempak dengan Dato' Aliff dan Datin Rania yang baru sahaja keluar dari wad Fakhri.

"Uncle.. Auntie.. " panggil Lana lalu menyalami tangan kedua-dua orang tua Qisya.

"Lana.. Shariff.. Nak melawat Fakhri ke?" Tanya Dato' Aliff.

"Ha'ah. Uncle ok?" Tanya Lana apabila melihat muka Dato' Aliff yang sedikit risau.

"Biasalah Lana. Tak pe lah uncle dan auntie pergi dulu." Pinta Dato' Aliff lalu berlalu bersama Datin Rania.

"Mesti pasal Qisya.. " teka Lana.

"Mestilah.. Siapa lagi.. Masuk jom! " ajak Shariff.

Lana dan Shariff masuk ke dalam wad Fakhri. Mereka ternampak Qisya yang sedang lena di sebelah katil Fakhri. Hati Lana mula jatuh simpati kepada kawannya itu. Sudah 3 bulan Fakhri koma. Qisya lah orang yang setia menjaga Fakhri.

"Qisya.. " kejut Lana sambil menggongcangkan sedikit badan Qisya.

Qisya mengangkat mukanya. Dia tersenyum kecil pada Lana dan Shariff.

"Qisya.. Sudahlah... Kau balik la.." Arah Lana.

"Tak pe.. Aku tak nak." Balas Qisya, lemah.

"Qisya.. Kau balik la.. Makan.. Dah lama kau tak makan Qisya." Arah Shariff pula. Kawannya yang seorang ni pula sudah jarang makan. Badan pun dah macam ikan bilis. Muka pun dah pucat. Macam mayat hidup!

"Aku tak lapar la.. " balas Qisya lagi. Matanya tidak lepas dari memandang Fakhri.

"Qisya.. Kau tak boleh tau macam ni. Tak makan! Kalau Fakhri tahu, dia kecewa tau! Dia nak tengok kau sihat! Kau kena teruskan hidup kau!" Kata Lana, sedikit marah.

Qisya hanya diam.

"Qisya.. Ni aku ada nak bagi barang. " kata Shariff terus menghulurkan sebuah kotak pada Qisya.

Qisya mengambilnya tanpa perasaan.

"Kau bukaklah! Fakhri yang bagi tu. Dari awal tahun dia dah beli birthday present untuk kau. Cuma tunggu nak bagi je. Memandangkan Fakhri tak boleh bagi, aku lah yang tolong pass kan kat kau. Kau buka tau! Aku yakin kau suka." Kata Shariff sambil tersenyum.

Qisya memandang kotak itu, kemas. Fakhri bagi?

"Dah la.. Aku dengan Shariff nak pergi beli makanan kat engkau. Kau tunggu sebentar. Anyway, happy birthday Qisya! Aku sayang kau." Ucap Lana terus memeluk Qisya. Dia terus keluar ke arah kedai makan diikuti Shariff.

Qisya membuka balutan pada kotak itu. Dia melihat isi kotak itu. Bibirnya tersenyum apabila melihat sebuah pistol di dalam kotak itu. Matanya menangkap sebuah lagi kotak kecil di sebelah pistol itu. Dia membukanya.

"Cantiknya.. " mulutnya terlopong. Seutas rantai perak yang terdapat huruf F dan Q. Cantik!

Qisya mencapai kad yang terletak di bawah pistol. Dia membukanya.

Happy birthday!
Aku harap kau suka
hadiah ni. Aku nak
tengok kau happy aje.
Aku harap rantai ni
dapat buat kau ingat aku
selalu. Jaga makan minum!
Aku tak suka kau sedih!
Aku sayang kau!
#Loveyou 😍😘
#QisyaEllena
#TengkuFakhriImran

Air mata Qisya mula menitis. Terharu!

Dia menggenggam tangan Fakhri, erat.

GENG WOLFWhere stories live. Discover now